PASKINI: Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 2) - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PASKINI: Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 2)


Analisis Isu"Setelah kemelut MB selesai dengan perlantikan Azmin Ali sebagai MB,PAS mesti mengorak Langkah Zero.

Biarkan sahaja PKR dengan MBnya yang baru.Yang pasti kem Azmin bersyukur dan kem lawannya berduka lara.

Sekarang PAS telah selesai muktamarnya.Beberapa isu perlu diselesaikan.Isu dalaman dan luaran.

Isu dalaman:

1) Bagaimana menyelesaikan kem Anwarinas dan kem Ustaz Geng(UG).Kem Anwarinas terdiri dari JIM,IKRAM,ALAMI,ABIM,ex UMNO,professinal,moderat dan liberal.

Manakala kem UG adalah kalangan bekas mahasiswa Al Azhar,universiti tempatan yang mendapat asuhan dari arwah Ustaz Harun Taib.

Sejak tahun 1990an lagi,pertembungan ini berlaku.terutama antara JIM,IRC dan PAS.Samada dalam negeri maupun luar negeri.Masing-masing mendakwa "pengikut setia manhaj Ikhwanul Muslimin".

Pertembungan ini terhenti sejenak dengan penubuhan JIM di mana kader-kader lepasan universiti memasuki NGO ini.Walaupun begitu suasana di universiti samada dalam dan luar negeri masih "panas" dengan perebutan kader samada PAS,JIM dan ABIM.

Pendirian JIM ketika itu sebagai NGO masih "kabur" politik.Ada ahli JIM yang sokong UMNO serta turut kempen dalam PRU untuk UMNO dan ada yang sokong PAS.

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO,tahun 1998 barulah JIM dan ABIM mengorak langkah berbondong-bondong mengekspot ahli masuk PAS.Juga ada yang masuk PKR.Semuanya mengikut arahan "pimpinan atasan". Arahan pimpinan agar ahli masuk PAS atau PKR.Tiada arahan masuk DAP maupun PSM.

Pimpinan ABIM yang masuk PAS tidaklah ketara dan tidak ramai berbanding JIM(kini IKRAM).Yang menonjol seperti Anuat Tahir.

Kemasukan ahli JIM(kini IKRAM) kedalam PAS ketika itu di lihat dengan persepsi yang berlainan oleh ahli PAS yang mendapat asuhan ustaz Harun Taib.

Mereka melihat dengan sudut positif sebagai satu pengiktirafan JIM(IKRAM) kepada PAS sebagai wadah perjuangan Islam.Walhal sebelum era reformasi,PAS dianggap kurang tarbiyah dan tidak "sunnah" kerana masuk pilihanraya.

Dari sudut negatif, mereka melihat satu "ancaman" kepada PAS. Dibimbangi JIM(IKRAM) akan membawa virus "jemaah dalam jemaah".

Dalam dua pemilihan muktamar tahun 2011 dan 2013 kebelakangan ini sudah nampak bunga-bunga ini.Sudah timbul kem-kem dalam PAS.

Apabila kemelut MB Selangor timbul dengan kemunculan dua ADUN yang melawan arus,maka bagi kem UG ini,"inilah yang ditunggu-tunggu....!"

Lebih-lebih lagi ADUN Hulu Kelang adalah mantan presiden JIM.

Bagai sudah lama terpendam rasa dan kebimbangan,pelbagai aksi adegan kem UG yang dapat dilihat dalam muktamar.

Begitupun,kita tidak terlepas pandang dan mesti bersikap adil.

Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan 100% kepada ahli-ahli JIM(IKRAM) yang masuk PAS era Reformasi. Ini kerana hasil idealisme arwah Ustaz Fadhil Noor.Bayangkan dikala Anwar dipecat dari UMNO dan diserang peribadinya,Ustaz Fadhil sanggup bertemu Anwar tanpa pengetahuan Majlis Syura dan pimpinan tertinggi PAS ketika itu demi rakannya Anwar.

Ustaz Fadhil membuka seluas-luasnya untuk semua kader jemaah Islam untuk bersama PAS.Hasilnya kita lihat pada hari ini.

Pelbagaian aliran pemikiran dan fikrah digabung jalin untuk PAS terus releven di landasan demokrasi.Jika dahulu percubaan PAS mendekati non muslim melalui CCC tidak begitu berjaya.Tetapi dengan kemasukan pemikir dan tokoh Jemaah Islam yang lain membantu PAS dalam soal ini.

Banyak benda juga berubah sejak kemasukan golongan ini.Antaranya tentang hiburan,artis, muzik,ziarah kematian non muslim,dialog budaya dan agama,perayaan kaum dan tahaluf siyasi.

Tidak dinafikan juga kemasukan mereka "penambahbaikan dan penjenamaan semula"PAS.

Bagaimanapun dari sudut lain ada negatifnya dengan pelbagaian ini.Umpama Baghdad di era kemasukan pengaruh Yunani dan falsafah.Kecelaruan dan kecemarukan berlaku.

Berlaku pertembungan wala',jemaah dalam jemaah,baiah,konservetif,moderat.

Jika sebelum era reformasi,pertembungan dalam PAS sekadar antara fahaman tua dan muda.Kini pertembungan kesetian(wala') kepada pimpinan.

Hal inilah yang memeningkan ahli akar umbi.Umpama gajah sama gajah bertelagah,kancil jadi mangsa!

Susah juga jika "orang ngaji tinggi bergaduh sesama sendiri".Mangsanya ahli akar umbi dan atas pagar.

Penyelesaianya hanyalah satu iaitu satu golongan kena keluar dari PAS.Samada dengan kerelaan atau melalui pemilihan dalam muktamar nanti.

Tahun 1982,Dato Asri dan pengikutnya keluar rela hati apabila melihat riak-riak majoriti mahukan kepimpinan ulamak.

Kini,PAS milik semua.Siapa mahu keluar? Siapa mahu tubuh parti baru seperti Asri tubuh HAMIM?

Masing-masing berpaut dan bergayut pada jubah TGNA dan TGHA Cumanya sekarang gayutan pada jubah TGHA oleh golongan moderat progresif sudah terlepas gara-gara menyokong Wan Azizah menjadi MB Selangor.

Golongan konsevertif tetap berpaut kemas pada jubah TGNA dan TGHA Tanda kemenangan bakal digenggam.

PASKINI : Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 2)"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 tokpepijat
0 Komentar untuk "PASKINI: Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 2)"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI