Anwar: Iszuree patut guna saluran betul - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar: Iszuree patut guna saluran betul


Berita

PKR tidak akan mempertahankan bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim yang digantung dari sebagai menyertai sebarang jawatankuasa kerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mengkritik polisi setinggan kerajaan negeri.

Iszuree (bawa) yang juga ketua lajnah tanah PAS negeri bagaimanapun dikekalkan sebagai ahli majlis tetapi peruntukkan beliau dibekukan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Iszuree sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana beliau sebahagian Pakatan Rakyat.

"Kamu boleh kritik dari fakta yang kamu dapati, bukan dari apa yang didapati dari Umno.

"Jika kamu nak guna peruntukan negeri tetapi terus kritik – kamu tidak dapat memberi perkhidmatan dengan baik," kata beliau ketika ditanya wartawan selepas ceramah anti akta hasutan di Seberang Jaya semalam.

Ketika ditanya adakah tindakan negeri terlalu keras dan seoalah-olah tidak dapat menerimanya sebagai kritikan, Anwar menjawab:

"Sudah tentulah boleh kritik. Tetapi keadaan di sini mungkin berbeza," tambah beliau
0 Komentar untuk "Anwar: Iszuree patut guna saluran betul"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI