GEORGETOWN - Tindakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah dan tuduhan terhadap kerajaan negeri amat dikesali.
Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Iszuree terhadap kerajaan negeri berniat jahat dan tidak langsung mencerminkan perkara sebenar.
Beliau berkata, tindakan diambil kerana beliau menfitnah kerajaan negeri PR yang diwakilinya sendiri dengan serangan melulu apabila menyamakan kerajaan PR dengan BN dalam meneruskan dasar pro-pemaju ketika menguruskan masalah setinggan.
"Ini tidak benar sekali. Kerana kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan kepada pemaju untuk sebarang permohonan atas tanah yang melibatkan setinggan."
Ini adalah perubahan ketara dari dasar BN sebelum ini yang memberi kelulusan pembangunan walaupun masalah setinggan belum diselesaikan," katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN:'Singkir' Iszuree tunjuk sikap sebenar DAP]
Menurutnya, perubahan dasar itu dilakukan untuk menggalakkan pemaju mengadakan rundingan dan menyelesaikan masalah secara baik iaitu menggunapakai formula munasabah dalam berurusan dengan setinggan.
"Malangnya beberapa pemaju dan pemilik tanah yang ada kaitan dengan BN dan Umno enggan berunding dengan setinggan dan sebaliknya menggunakan tindakan mahkamah untuk menghalaunya tanpa bayaran pampasan yang munasabah.
"Untuk kes 'BN atau Umno' sedemikian, kerajaan negeri bukan sahaja mengaturkan peguam untuk membela setinggan tetapi tidak memberi kelulusan pembangunan jika pemaju ini berjaya di mahkamah," katanya.
Afif berkata, Iszuree juga sedia maklum mengenai perubahan dasar itu dan beberapa kampung yang disebutnya melibatkan kes mahkamah yang ada kaitan dengan Umno atau BN.
"Untuk setinggan yang menduduki tanah kerajaan, polisinya ialah bayaran pampasan atau rumah akan disediakan jika mereka terpaksa berpindah atau tidak memiliki rumah."
Amat dikesali, walaupun selepas dikenakan tindakan, beliau masih cuba mengheret isu lain yang tidak berkaitan dan bermain dengan sentimen," katanya.
Menurutnya, Iszuree seharusnya rasional dan perlu mengakui bahawa kerajaan negeri hanya mengambil tanah untuk tujuan awam termasuk buat kali pertama pengambilan tanah milikan bukan Melayu dan bukan Islam untuk tujuan perkuburan orang Islam.
"Beliau juga harus menerima prinsip lantikannya sebagai ahli MPPP bukan dipilih secara langsung oleh rakyat tetapi dilantik kerajaan negeri atas kepercayaan dan keyakinan terhadapnya sebagai pendukung untuk membela rakyat.
" Sebagai ahli majlis, beliau harus tahu bahawa setiap dasar yang digubal sejak 2008 adalah atas semangat kebertanggungjawaban bersama atau 'collective responsibility'
," katanya

0 Komentar untuk "Exco kesal sikap Iszuree"