Hanya mereka yang beristiqamah bersama PAS sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita. Maka jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang - wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita"
Perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan Jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, dari individu yang tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini. Mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak sabar dalam perjuangan."
Tahaaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti dan bukan sebaliknya. amat malang bagi kita sekiranya tahaaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar kacirkan kita sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri"
Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk dalam sistem lain atau parti lain sehingga hilang prinsip dan jati diri kita atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata - mata sebagai matlamat sehingga menghilangkan dasar parti bagi perlaksanaan Islam. Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah"
saya ingin mengingatkan pimpinan dan ahli parti bahawa perjuangan kita adalah kerana Allah. Perjuangan kita kerana Islam, perjuangan kita adalah mata rantai sejak zaman Rasulullah saw. Perjuangan ini mestilah berada di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah swt. Bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh barat. Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana ianya berpaksikan kepada aqidah tauhid"
Asy Syeikh Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
0 Komentar untuk "Antara intipati ucapan dasar Tok Guru Presiden"