Surat terbuka untuk Abang Mat Sabu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Surat terbuka untuk Abang Mat Sabu


ArtikelAssalamualaikum kepada Abang Mat Sabu.

Moga Abang Mat dapat meluang masa untuk membaca surat terbuka ini.

Saya terdetik untuk menulis surat ini apabila terbaca rangkuman temubual Abang Mat dalam berita berbayar MalaysiaKini yang bertajuk : Mad Sabu, PAS Tops Must Stop Bandying ISLAM.

Secara Mafhumnya, Abang Mat menyuruh Pimpinan tertinggi berhenti menggunakan Hujah ISLAM dalam justifikasi tindakan PAS.

Abang Mat,

Sedih hati saya apabila membaca intipati laporan temuduga malaysiakini. Saya terfikir fikir, di manakah Abang Ma mencampakkan dasar dasar perjuangan selama ini. Kami yang ada di bawah setia bersama PAS walau menang dan Kalah kerana Dasar ISLAMnya. Kami berjuang kerana kepercayaan kami berjuang bersama PAS adalah fardu ke atas Kami apabila kami membaca ayat Quran yang berbunyi:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَر

وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ( ١٠٤ )

Mafhum: ) Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran 104).

Maka, anggapan kami pada kepimpinan semenjak Kepimpinan Ulama Diangkat, dasar ini sentiasa dijaga.

Namun, sedih hati kami apabila membaca jawapan Abang Mad dalam MalaysiaKini. Luahan Abang Mat ini menggambarkan racun racun sekuler dan Liberal sudah masuk dalam ucapan Abang Mat. Pandangan Abang Mat Mengiyakan ISLAM digambarkan agama seperti religious Yang difaham oleh manusia manusia di barat selepas era Renaissance.

Kami juga tidak lupa ucapan Perasmian Muktamar Pemuda PAS yang ke 59 di Subang jaya pada tahun lepas. Ucapan Abang Mat yang terang terang memalitkan ISLAM yang bersyiarkan hudud dengan isu yang berlaku di Pakistan dan Arab Saudi. Abang Mat dengan mudah bahawa Pakistan walaupun Negara ISLAM tetapi rasuahnya tinggi. Arab Saudi walaupun Negara ISLAM, monarkinya zalim. Namun sedarkah Abang Mat, Pakistan masih Negara sekuler yang mengekploitasi Undang Undang ISLAM yang dikanunkan di zaman Zia Ul Haq sebelum beliau ditumbangkan. Manakala, Hudud Arab Saudi dikanunkan di Zaman Malik Faisal sebelum beliau ditembak Mati oleh Anak saudaranya. Ahli keluarga kepada Putera Bandar Sekarang.

Dalam pada itu,seringkali ucapan abang Mat Sabu merujuk kepada kehebatan Iran dan pimpinannya. Apakah Abang Mad buat buat lupa tentang kegagalan IRAN politik demokrasi di iran sendiri. Berapa banyak tokoh tokoh pertengahan dihalang dalam berpolitik dalam apabila melawan arus ayatollah ayatollah Iran? Ketika kita melihat kemarhaenan Ahmadinejad , kita telah dilindung daripada melihat tekanan kepada pengikut pengikut bekas presiden akbar hashem Rafsanji. Manakala Mehdi karroubi dan Mir Hossein Mir juga diberi tekanan politik yang agak teruk. Golongan Reformis seperti pimpinan Ahmad Khatami juga dipinggirkan secara paksaan dalam demografi Politik Iran.Adakah Abang Mat Sabu cuba mengaplikasi perkara begini dalam PAS?

Jadi, bagaimana harus kita percaya kepada revolusi IRAN ? atau sebaliknya kita terus percaya kepada Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura menggali Disiplin ISLAM yang sekian lama sudah terbuku dalam disiplin Politik ISLAM.

Sudah banyak kali ucapan ucapan abang Mat, Tulisan Abang Mat, temuduga Abang Mat meracau jauh dari dasar dasar ISLAM yang sepatutnya kita setuju bersama semenjak PAS ditubuhkan.

Apakah kemenagan Jokowi Di Seberang Indonesia Sana, mengaburi Mata Abang Mat untuk membuang sisa sisa Pakaian Perjuangan ISLAM yang masih Ada di Malaysia?

Tidakkah Abang Mat sedar, Jokowi adalah didokong oleh PDIP yang dipimpin oleh Megawati sukarnoputri. PDIP ini mengekalkan ideologi sosialis demockrat sama seperti sosialis democrat yang lain. Dalam masa yang sama juga, belakang PDIP juga bergabungnya pertubuhan pertubuhan missionaries Kristian yang memberi sokongan terbuka kepada PDIP dan Jokowi dengan melukakan hati Umat ISLAM Indonesia. Malah sebahagian Besar pimpinan PDIP adalah Penganut Kristian yang berhubung dengan Missionaris missionaris teresebut. Mengikut informasi tambahan, Jokowi juga meminta bantuan dari Tun Mahathir Mohammad Dalam kempen Presiden Indonesia baru baru ini. Tun Mahathir dilantik sebagai konsultan untuk kempen Jokowi. Kalau di Malaysia, wakil Sosialis Demokrat Ialah DAP. Dan Apakah Abang Mat Sabu terhutang dengan DAP lalu memuji pendekatan JOKOWI yang mewakili Sosialis Demokrat Indonesia? Apakah Jawatan dalam GLC Pulau Pinang telah memandomkan Abang Mat untuk mempertahankan PAS dengan Dasarnya?

Di manakah kefahaman ISLAM Sebenar bahawa ISLAM lah, satu satunya jalan untuk membawa rakyat sejahtera, merdeka dan harmoni. Firman Allah ini patut dilihat :

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض ولكن كذبوا فأخذناهم بما كانوايكسبون

Mafhum: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al A’raf 96)

Adakah Abang Mat Sabu mahu menidakkan kefahaman Kami yang selama ini beriman dan tajarrud sepenuhnya bahawa Hanya ISLAM seperti ang disyariatkan ALLAH akan membawa kepada Keadilan, kesejahteraan , kebahagiaan dan Keharmonian di dunia dan akhirat.

Moga dengan tulisan terbuka ini, memberi kesedaran kepada Abang Mad untuk kembali ke pangkal jalan sebelum jawatan Yang disandang Oleh Abang Mad sebagai Tim Presiden PAS boleh mengheret orang lain ke lembah yang tidak diredhai ALLAH.

Sapidin Amran
Ketua Urusan Ulama Kapar
0 Komentar untuk "Surat terbuka untuk Abang Mat Sabu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI