Rafizi: Tak puas hati sila keluar parti - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rafizi: Tak puas hati sila keluar parti

Oleh Zulaikha Zulkifli

 

Naib presiden PKR yang baru Rafizi Ramli mengingatkan, mana-mana ahli yang menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu menteri besar Selangor sama seperti bersekongkol dengan BN.

Dalam ucapan penggulungan hari terakhir Kongres PKR hari ini, beliau turut meminta kepada ahli yang menyalahkan ketua umum itu supaya keluar daripada parti sekiranya tidak berpuas hati.

"BN dan Umno salahkan Datuk Seri Anwar perkara biasa. Kalau kita nak salahkan Datuk Seri Anwar juga, cari parti lain. Yang menyalahkan Datuk Seri Anwar ini sama seperti bersekongkol dengan BN yang menyerang parti ini.

"Mengkitik boleh tetapi biar ada adabnya. Bukan mengkritik dengan kritikan yang meletakkan kita sama dengan Umno dan BN," katanya.

Selain itu, Rafizi turut membidas ahli yang mendakwa PKR mengamalkan nepotisme.

Katanya, isu nepotisme tidak timbul memandangkan kesemua pimpinan tertinggi parti dipilih secara demokrasi pada pemilihan parti.

Justeru, Rafizi meminta mana-mana pihak yang tidak senang dengan 'nepotisme' yang ada di dalam parti supaya bertanding untuk merebut jawatan tersebut.


"Kenapa nak ada unsur dan suara yang bidas dan perlekeh apa yang dibuat oleh presiden, anak dan keluarganya. Kalau kita tak yakin, jangan duduk dalam dewan ini. Kalau yakin bahawa perjuangan yang dibawa ketua umum untuk melawan rasuah itu betul, kenapa mengkritik presiden dan anaknya kerana menyokong perjuangan yang betul.

"Sebaliknya yang berlaku, suara sumbang menyerang keluarga. Yang kata 'istana Bukit Segambut' pun datang dari orang kita sendiri. Sebab itu hari ini, cukup-cukuplah. Sebab yang galak serang parti ini nepotisme ialah Umno dan BN.

"Setiap seorang daripada mereka ada kekuatan masing-masing. Kalau rasa nepotisme itu teruk dan rosakkan parti, ada jalan keluarnya. Cabar mereka dengan bertanding. Mereka dipilih secara demokratik, jangan persoal nepotisme," katanya lagi.

“Istana Bukit Segambut” dianggap merujuk kepada kem Anwar dalam PKR. Gelaran itu diberikan berdasarkan kedudukan kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam ucapan sama, Rafizi turut memberi peringatan kepada menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menghormati suara rakyat dengan 'bersara' daripada jawatan itu dengan cara yang baik.

Beliau turut mengingatkan Khalid supaya tidak mensabotaj rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

'Saya nak ingatkan kepada Tan Sri Khalid. Walaupun baki-baki integriti nama baik yang ada itu, sebaik-baiknya uruskanlah peralihan ini dengan menghormati suara rakyat. Jangan berani untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan dewan. Saudara perlu bersara dengan baik. 

"Yang sudah itu sudahlah, bersara. Hutang dah habis bayar, bersara dengan baik," katanya sambil menerima sorakan daripada perwakilan yang hadir.- Malaysiakini
0 Komentar untuk "Rafizi: Tak puas hati sila keluar parti"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI