Khalid mahu tinggalkan legasi air percuma Selangor sebelum berundur - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khalid mahu tinggalkan legasi air percuma Selangor sebelum berundur

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau ingin meninggalkan legasi seperti yang dilakukannya ketika mengetuai Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi bayangan bersedia untuk berundur secara baik dan mahu meninggalkan legasinya melalui pemberian air percuma kepada rakyat Selangor melalui perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya.

Khalid berkata, beliau ingin meninggalkan legasi seperti yang dilakukannya ketika mengetuai Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie.

"Sejak saya mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui tampuk kerajaan negeri Selangor pada Mac 2008, saya berasa amat bernasib baik kerana diberi peluang untuk berkhidmat pada rakyat, negeri dan negara.

"Ini adalah kerana saya ingin meninggalkan legasi seperti apa yang saya lakukan ketika saya mengetuai PNB dan kemudiannya Kumpulan Guthrie.
"Jika saya boleh meninggalkan legasi di kerajaan negeri Selangor, maka saya anggap saya sudah berjaya," katanya di hadapan kira-kira 200 kakitangan awam negeri di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, hari ini. – 25 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-mahu-tinggalkan-legasi-air-percuma-selangor-sebelum-berundur#sthash.9nAuM7Ah.dpuf
0 Komentar untuk "Khalid mahu tinggalkan legasi air percuma Selangor sebelum berundur "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI