Krisis MB Selangor: rakyat hilang yakin pada PR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Krisis MB Selangor: rakyat hilang yakin pada PR

Banyak betul perkembangan politik yang berlaku kebelakangan ini sehingga saya akui telah tercicir dalam mahu mengulas dan menyatakan pendirian. Krisi MB Selangor memang hangat. Masalahnya kadangkala kita lihat perkembangannya bagaikan pementasan sandiwara Melayu dan kadangkala pula lucu bagaikan siri komedi malah terkadang bagaikan siri karton tontonan kanak-kanak.
Ia jadi begitu kerana krisis yang tercetus ditangani bukannya oleh orang politik yang “statesman” dan matang, sebaliknya oleh konco-konco hingusan yang menyangkakan krisis berkenaan boleh diselesaikan ikut nafsu dan acuan mereka. Masing-masing mahu menonjol diri menjadi “hero” tak sedar perlakuan mereka sebenarnya sumbang dan menyumbang kea rah kebencian dan kebosanan rakyat yang menyaksikan. Tak terkecualilah samada dari PAS, DAP apalgi PKR

Saya tertarik akan komen terbaru orang kuat dan veteran DAP, Lim Kit Siang. Beliau dilaporkan berkata bahawa apa yang penting sekarang buat Pakatan (PR) adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya ekoran krisis MB Selangor tempoh hari.
Sesungguhnya krisis MB Selangor ini belum selesai, banyak lagi babak dan siri yang perlu dan akan ditempuhi, apa pun Kit Siang akui bahawa keyakinan rakyat terhadap PR telah lemah dan tercalar.

Soalnya angkara siapa?
Ia bermula dengan keghairahan mahu memecat dan menyingkirkan seorang MB yang pada mata rakyat baik dan tidak bermasalah. Agendanya bukan sekadar memecat dan menyingkir malah mahu dinobatkan pula orang tertentu yang secara jujur tiada apa pengalaman pun melainkan menjaga rumahtangga orang tertinggi PKR.

Maka bermulalah dramanya.
PKR bersungguh dan berkobar-kobar nafsunya, tiada belas kasihan dan tiada pertimbangan serta ruang perundingan lagi. Tan Sri Khalid mesti dihalau keluar, atas alasan-alasan yang bukannya meyakinkan rakyat tetapi sebaliknya mencetuskan syak wasangka dan terkadang menjadi bahan ketawa.

DAP pula seakan dirasuk menjadi pak hangguk. DAP yang dahulu mengangungkan “meritokrasi” sebaliknya dalam sekelip mata menjadi parti yang tiada lagi pertimbangan demokrasi dan hak untuk bersuara dan didengar. Mereka juga menghunus pedang, mahu mencantas Khalid, memakan mentah-mentah apa yang dimuntahkan oleh PKR, sedangkan sebagai parti yang berumur mereka dijangka ada pendirian sendiri.
Tinggalah PAS yang sudah masak dengan berbagai opengalaman dan krisis dari yang nmelanda Terengganu seawal PRU pertama 1959 sehinggalah krisis Kelantan dan lain-lain. Pimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulamak PAS begitu teliti dan prihatin, sedar bahawa isu pertukaran MB melibatkan banyak pihak bukan orang politik sahaja, pihak istana mahu diambil kira dan begitu juga ketenteraman rakyat.

Malangnya PAS bukan lagi PAS dahulu. PAS hari ini turut ditunggangi oleh mereka yang “parachute” masuk diwaktu senang. Sudahlah itu mereka menyangka segala yang dicapai PAS hari ini hasil dari kehebatan peribadi mereka, bukan lagi menghargai pengorbanan doa darah dan air mata orang terdahulu yang bersusah payah memacak panji-panji PAS di saat tiada orang mahu bersama PAS.
Lalu PAS yang ditunggu-tunggu reaksinya oleh orang ramai, turut menyumbang kepada sketsa komedi dan huru-hara apabila ada suara sumbang-sumbang yang berkokok bagaikan kaduk naik junjung. Perihal walak dan disiplin parti diinajk-injak semata-mata kerana mahu menegakkan kemahuan PKR.

Lebih menyedihkan apabila 2 orang ADUN PAS Selangor, yang sepatutnya akur dan menghormati keputusan pimpinan tiba-tiba melepaskan diri mereka dari jemaah dengan memberi sokonga pra matang kepada PKR dan DAP, sanggup membelakangkan pimpinan dan ahli PAS. Angkara mereka keputusan Presiden, Mursyidul Am, Majlis Syura Ulamak, mejadi mainan orang.
Dalam pada itu mulut-mulut gatal dalam PKR dan DAP menghalakan senjata mereka kea rah PAS. Sehingga ada bekas EXCO DAP tergamak menaggil salah seorang EXCO PAS yang kela dalam kerajaan negeri sebagai “munafik”

Dan hari ini kata Kit Siang ayuh kita kembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan.
Kalau beginilah berterusan sikap dan perangai pimpinan Pakatan, percayalah keyakinan rakyat akan semakin kendur dan pudar bukan kerana mereka sukakan BN, tetapi mereka muak, mual dan menyampah dengan cara Pakatan menangani sesuatu permasalahan.

Krisis MB Selangor yang boleh ditangani dengan tenang dan penuh teliti dan matang, menjadi caca-marba, benar-benar mencalar keyakinan rakyat.
Benar keyakinan rakyat terhadap PR goyang sebagaimana kata Kit Siang, tetapi Kit Siang dan mereka yang senafsunya dengannya tak kiralah samada dari DAP, PAS apalagi PKR semuanya perlu memikul tanggungjawabnya.
0 Komentar untuk "Krisis MB Selangor: rakyat hilang yakin pada PR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI