SHAH ALAM - Tindakan pengagihan makanan kepada gelandangan dan golongan miskin tegar tidak menimbulkan masalah kebersihan serta menjejaskan imej Kuala Lumpur.
Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid ketika dihubungi semalam berkata, beliau kecewa dengan dakwaan pihak tertentu yang membuat tuduhan tanpa usul periksa.
Beliau berkata, pihaknya sangat tidak bersetuju, malah menafikan kegiatan Pertiwi menyebabkan masalah sampah serta menjadi punca penyakit.
"Kita buat pengagihan makanan kepada golongan terbabit empat kali seminggu dan setiap kali pengagihan dibuat kita lakukan secara teratur.
"Kita sediakan tempat khusus untuk golongan wanita, orang tua dan kanak-kanak beratur mengambil makanan dan minuman. Kita tunggu mereka selesai makan dan selepas itu bersihkan kawasan tersebut," katanya.
Menurutnya, pihaknya menyediakan pasukan khas memastikan kebersihan kawasan sekitar dan tidak pernah sesekali meninggalkan kawasan pengagihan makanan dalam keadaan kotor atau sehingga menjejaskan imej seperti didakwa.
Katanya, beliau percaya pihak-pihak yang melontar dakwaan tidak melihat secara dekat apa yang Pertiwi lakukan.
"Mereka sepatutnya turun padang dan melihat apa yang kita lakukan, bukan sekadar memberi makan dan minum, tetapi kita membantu golongan tersebut dari aspek kesihatan, mencari pekerjaan dan lain-lain," katanya.
Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, NGO yang bergerak aktif menyalurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan di ibu negara diarah menghentikan aktiviti itu atau hanya dibenarkan beroperasi di lokasi yang akan ditetapkan.
NGO berkenaan juga tidak dibenarkan beroperasi di sekitar radius 2 kilometer dari Lot 10, meliputi sebahagian besar pusat bandar berkuatkuasa serta-merta.
Dalam perkembangan sama, Munirah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian meneruskan aktiviti itu dan tidak akan berpindah keluar seperti yang diarahkan.
"Kenapa kita nak pindah keluar? Kita akan terus bantu golongan tersebut kerana itu fungsi sebenar Pertiwi," katanya.

0 Komentar untuk "'Soup Kitchen tidak timbulkan masalah'"