SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini menggesa agar kerajaan lebih mengutamakan operasi membanteras kegiatan judi dan maksiat di ibu kota dan bukannya menghalang mana-mana NGO yang ingin membantu golongan miskin di Kuala Lumpur.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, tindakan menyekat operasi badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makan percuma kepada golongan miskin dan gelandangan itu hanya mendedahkan kelemahan kerajaan.
“Kenyataan menteri seolah-olah menunjukkan kelemahan unit penguatkuasaan jabatan-jabatan tertentu seperti Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas.
"Lebih baik menteri membasmi kegiatan kedai mesin judi, pelacuran dan perniagaan haram yang terbukti berleluasa di Kuala Lumpur sebelum membuat arahan kurang cerdik bagi menghalang mana-mana NGO juga sukarelawan yang ingin membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, bagi merealisasikan saranan Perkara, satu laporan polis telah dibuat terhadap pengusaha premis judi.
“Sebagai permulaan, kami ingin memaklumkan di sini, Wira Perkasa Negeri Sembilan telah pun membuat laporan polis agar tindakan lebih tegas diambil untuk pengusaha-pengusaha premis judi mesin di Negeri Sembilan.
“Ini bukti kami serius dalam isu ini dan kami harap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga serius seperti kami dalam membendung masalah ini yang banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat,” katanya.
Irwan berkata demikian bagi merujuk kepada arahan Tengku Adnan untuk menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan dari beroperasi dalam lingkungan dua kilometer dari pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.
Ku Nan dalam kenyataan tersebut berkata, kawasan berkenaan dikira sebagai tempat tumpuan pelancong, yang dibimbangkan akan menjadi kotor dengan kehadiran orang miskin dan gelandangan.
Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan denda ke atas golongan pemberi sedekah dan menangkap golongan pengemis bagi membasmi kegiatan seperti itu.
Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan dari aktivis NGO dan juga pemimpin politik sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan bahawa kementeriannya akan berbincang dengan 12 NGO yang telah dikenal pasti aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan.
Dalam masa yang sama, Tengku Adnan memberi penjelasan bahawa niatnya adalah untuk memperbetulkan keadaan dan membantu golongan tersebut mendapat kehidupan yang lebih baik.

0 Komentar untuk "Ku Nan perlu bersih KL dari maksiat, judi dahulu"