Ibu terkilan pulang awal - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ibu terkilan pulang awal



“SAYA terkilan sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini,” demikian luahan hati ibu kepada biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas, 80.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 61 tahun jam 1.26 pagi tadi di Hospital Pakar Damansara akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Sebelum balik saya beritahu pada dia yang saya sayangkan Ani. Dia angguk kepala.

“Saya sangka anggukan itu maksudnya OK tapi tak sangka pula lain jadinya. Saya bergegas ke hospital untuk tengok dia tapi dia sudah tiada,” ujarnya lagi dipetik sebuah portal. 
Sharifah Aini dibawa ke hospital Isnin lalu selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital sama, keesokan harinya.

Dilaporkan, Allahyarhamah menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu dan kira-kira lima bulan lalu pernah dijangkiti virus Influenza A (H1N1).
Sejak awal pagi tadi, laman media sosial dibanjiri ucapan takziah atas pemergian Sharifah Aini termasuk daripada rakan artis, menteri dan orang ramai.
Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai turut berkongsi berita pemergian Allahyarhamah di laman mikro Twitter, kira-kira jam 2 pagi dengan menulis, “selamat tinggal Datuk Sharifah Aini. Anda telah memberi kami muzik yang begitu cantik selama puluhan tahun. Al-Fatihah.”
Sementara itu, penyanyi, Faizal Tahir menulis, “Innalillahi wainnaillaihi rajiun. Takziah atas pemergian Datuk Sharifah Aini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah.”
Pengacara TV, Awal Ashaari pula menulis, “Al-Fatihah dan takziah buat seisi keluarga Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.”

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ibu-terkilan-pulang-awal-1.296667
0 Komentar untuk "Ibu terkilan pulang awal"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI