SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini melahirkan kekesalannya terhadap kelemahan sistem pendidikan negara sehingga menarik perhatian dunia.
Bercakap sempena majlis istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-80, di sini, Tengku Razaleigh atau mesra disapa Ku Li berkata, adalah penting untuk kita menerima penilaian dunia ini secara terbuka.
"Dengan cara ini, proses penambahbaikan akan dapat kita laksanakan secepat mungkin dan dengan penuh komitmen.
"Penerimaan hakikat ini juga boleh melicinkan usaha kita memperbaiki falsafah, pelaksanaan, penyampaian serta penerimaan dan penghayatan sistem tersebut," ujarnya.
Menurut Ku Li, selain Bank Dunia pada Mac 2014 melaporkan kebimbangan terhadap mutu pendidikan negara yang rendah, penilaian sama turut diterjemahkan oleh International Standard (PISA, TIMSS).
"Hari ini sistem yang kita laksanakan tidak melahirkan insan berilmu yang mampu berfikir dengan berkesan dan cemerlang dalam keadaan yang berbagai, tidak menentu, mencabar dan cepat berubah.
"Saya masih ingat satu waktu dahulu bilamana kita dihormati dan disanjungi oleh masyarakat dunia. Di forum antarabangsa, kita sering diberi penghormatan untuk menyediakan “laporan perbincangan”, “kenyataan kesepakatan (communiqué)”, menjadi pemudahcara (moderator) dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana, secara relatif, kemampuan berfikir dan penguasaan bahasa kita adalah lebih baik. Malangnya keadaan berbeza sekali sekarang," ujarnya lagi.
Beliau sebelum itu membangkitkan soal penguasaan bahasa Inggeris dan memuji penekanan bahasa itu di institusi berkenaan sehingga menjadikan graduan kelahirannya lebih relevan di pasaran pekerjaan.
"Maka itu usahlah kita berbalah mengenai isu bahasa. Tidak hilangnya identiti, budaya dan adat resam kita seandainya kita menguasai lebih banyak bahasa. Malah, penghayatan budaya dan adat resam kita akan lebih melangkaui, sekiranya masyarakat kita menguasai bahasa global ini," kata Ku Li.
Dalam majlis penuh meriah itu, Ahli Parlimen Gua Musang ini diberi penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah sempena Konvokesyen UiTM ke-80.
Ku Li menerima anugerah dalam bidang kewangan atas sumbangan besar beliau terhadap pembangunan ekonomi negara.
Dalam ucapannya Ku Li turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada UiTM di atas penganugerahan tersebut.
“Sebagai seorang yang menyanjung tinggi ilmu pengetahuan dan sumbangannya terhadap peradaban dan martabat kita, ijazah ini sungguh bermakna kepada saya. Saya menerimanya dengan rendah diri,” katanya.

0 Komentar untuk "Ku Li: Sistem pendidikan negara masih lemah"