KOTA BHARU - Penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan, perlu dihebahkan kepada orang ramai agar mereka tidak terpengaruh dengan dakyah golongan luar menyatakan ia membebankan rakyat.
Pengarah Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff berkata, bagi tujuan itu, pihaknya berusaha sedaya upaya menyampaikan maklumat berkenaan kepada rakyat, khususnya di negeri ini.
“Masyarakat terutama di luar bandar tidak perlu takut dengan harga barangan yang akan naik kerana ia bukan membebankan rakyat, malah memberi manfaat kepada pengguna.
“Golongan yang tinggal di luar bandar perlu diberi pendedahan ini kerana sebelum ini mereka sering didedahkan dengan dakyah pihak tertentu. Ia harus diperbetulkan dengan memberikan penerangan yang sebenarnya dan mengelak rasa panik dalam kalangan masyarakat,” katanya pada sidang media di Pejabat Penerangan Kota Bharu, di sini.
Turut hadir, Pemangku Pengerusi Permuafakatan Kelantan, Abdul Rahman Idris.
Dalam pada itu, Ramly turut menyelar tindakan pihak pembangkang yang mengadakan Himpunan Bantah GST pada 1 Mei lalu yang ternyata hanya merugikan masa, malah menyebabkan aktiviti perniagaan terbantut, selain orang ramai takut melakukan aktiviti harian.
“Cukai GST hanya dikenakan kepada barangan tertentu dan sesetengah barangan makanan tidak dikenakan cukai tersebut.
"Justeru, orang ramai tidak perlu takut dan rasa terbeban dengan pelaksanaan cukai ini,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai penubuhan majlis permuafakatan yang merupakan badan sukarela negeri bagi membantu menyampaikan maklumat kerajaan, sehingga kini katanya, 29,000 ahli telah mendaftarkan diri dalam pertubuhan itu melibatkan seluruh daerah di negeri ini.
“Dengan penubuhannya, diharap dapat menyelaraskan dan menyampaikan kempen GST dengan lebih meluas kepada masyarakat," katanya.

0 Komentar untuk "Beri pendedahan masyarakat luar bandar"