KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya satu indeks syariah digubal di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ia sebagai pengiktirafan kepada Umno sebagai parti yang paling banyak berjasa kepada Islam di negara ini.
“Kita sering berkata tentang perjuangan kita yang berasaskan maqasid syariah. Oleh itu sudah sampai masanya kita menggubal satu indeks syariah di peringkat antarabangsa agar ulama dari seluruh dunia dapat menilai sejauh mana perjuangan Umno mengikut lunas Islam.
“Saya percaya jika indeks syariah ini dapat digubal oleh ulama di peringkat antarabangsa, ia dapat memperlihatkan bahawa Umno telah banyak berjuang dan berjasa dalam mengembangkan Islam di tanah air ini.
“Begitu juga dengan pendekatan wasatiyah yang menjadi tonggak keadilan kepada Islam dan bukan Islam. Pendekatan ini turut menekankan aspek kecemerlangan, keseimbangan dan kesederhanaan yang menjadi landasan perjuangan Umno selama ini,” katanya ketika berucap sempena majlis sambutan ulang tahun Umno ke-68 di sini, semalam.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; Ketua Puteri, Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruddin
Dalam pada itu, Najib berkata, Umno berdepan dengan cabaran besar jika ingin mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah parti yang berkuasa.
Oleh itu, Umno perlu bersikap terbuka untuk melakukan penambahbaikan terutamanya dalam mendekati golongan tertentu.
“Dalam persekitaran politik hari ini, Umno tidak boleh lagi bergantung kepada kawasan luar bandar. Kita perlu beri perhatian juga di kawasan bandar dan semi urban terutama mereka yang mengundi di kampung tapi menetap di bandar.
“Selain itu, kita juga perlu buka ruang kepada golongan intelek dan cendekiawan agar Umno tidak ketandusan keintelektualan dalam pimpinan. Tidak ketinggalan golongan ulama yang memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan agama dan umat,” katanya.
Dalam majlis tersebut, Najib turut menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang (Lelaki) kepada Tan Sri Hassan Azhari dan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang (Wanita) kepada Tan Sri Dr Salma Ismail yang diwakili anak sulungnya.

0 Komentar untuk "Tiba masa gubal indeks syariah"