SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan mempertimbangkan untuk menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna.
Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut yang terang-terang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi.
“Kita merasakan Cadbury sengaja menipu kerana berselindung sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Buat masa ini kita tuntut dulu produk keluaran syarikat itu dikeluarkan daripada rak makanan halal di kedai-kedai yang menjualnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, syarikat Cadbury perlu memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam.
“Adakah mereka tidak sedar pengguna paling ramai di negara kita adalah Islam? Jadi perbuatan mereka melampau dan tidak sensitif,” ujarnya.
Dalam pada itu, Amidi menyuarakan kekesalannya kepada Jakim yang bertanggungjawab menyelidik produk bagi memastikan statusnya benar-benar halal.
“Jakim rasanya perlu pendekatan yang lebih baik bagi menjaga kemashlahatan Islam daripada terdedah dengan makanan tidak halal.
"Perlunya prosedur baru, bukannya hanya lakukan tinjauan di kilang sahaja,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi II, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata insiden itu seolah-olah umat Islam sengaja dipersendakan.
“Kerajaan tidak boleh berlengah lagi, perlu ambil tindakan segera ke atas syarikat Cadbury, ini sudah melampau.
“Kita tidak mahu lagi kejadian seperti ini berulang.Saya sendiri sekarang ini apabila tengok mana-mana coklat pun akan timbul rasa loya,” katanya.

0 Komentar untuk "Abim pertimbang failkan saman Cadbury"