Bukan Islam bebas hudud jika... - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bukan Islam bebas hudud jika...

KUALA LUMPUR - Mana-mana perbuatan yang tidak dianggap salah oleh masyarakat umum bukan Islam termasuk meminum arak, ia tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Peguam Syarie, Che Ibrahim Mohamed mendakwa jika sesuatu perbuatan itu dianggap salah dan mendatangkan kemudaratan dalam masyarakat seperti mencuri, barulah hukum hudud terpakai.

"Perbuatan zina pun tidak salah dari segi undang-undang negara, cuma salah dari segi undang-undang negeri yang mempunyai undang-undang jenayah Syariah.

"Seperti orang asal, perbuatan meminjamkan pasangan tidak salah asalkan tidak mengubah fizikalnya, maka di kala itu hudud tidak boleh dikenakan terhadap mereka," katanya dalam Wacana Perdana Hudud bertajuk 'Ke Manakah Kelantan' di ibu negara, semalam.

Beliau mengulas mengenai kecelaruan yang timbul dalam kalangan bukan Islam terhadap pelaksanaan hudud terpakai kepada mereka dan salah faham tentang pengecualian hukuman.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bukan-islam-bebas-hudud-jika-1.282501
0 Komentar untuk "Bukan Islam bebas hudud jika..."

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI