KUALA LUMPUR - Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting berkata kesediaan China menghantar dua ekor pandanya ke Malaysia dilihat sebagai simbol amanah yang diberikan kepada negara ini.
Beliau berkata ia juga mewakili kepercayaan besar China terhadap Malaysia.
"Panda adalah satu simbol. Ia bukan sahaja persahabatan, ia adalah satu warisan yang amat dipandang berat oleh China.
"Bila ia (China) hantar sepasang panda, ia menganggap negara (penerima) itu akan jaga panda dengan baik. Panda bagi mereka, adalah satu simbol amanah," katanya kepada Bernama TV hari ini.
Beliau mengulas ketibaan pasangan panda gergasi dari China, Feng Yi dan Fu Wa, yang merupakan simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, di sini pagi tadi, selepas diterbangkan melalui pesawat khas MASKargo dari Chengdu, China.
Ong berkata China juga melihat Malaysia sebagai rakan penting dalam kalangan negara Asean, dan ia tidak akan sewenang-wenangnya menghantar ikon negaranya jika negara penerima dilihat tidak mampu memegang amanah.
Selain simbol persahabatan, katanya ia juga dilihat sebagai petanda positif perkembangan hubungan persahabatan kedua-dua negara.
Menurutnya China menjangka lebih banyak perkara baik bakal dicapai dalam hubungan dua hala, baik dari segi perdagangan, ekonomi atau hubungan diplomatik.
Beliau berkata penghantaran panda itu ditangguhkan sebelum ini kerana suasananya tidak sesuai berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.
"Ketika itu orang bersedih. Jika (panda) datang awal, ia memberi mesej yang tidak betul. Tetapi kerajaan China menepati janjinya untuk menghantar panda itu sekarang," kata beliau.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly Ahmat Lana berkata panda tidak sukar dijaga kerana haiwan itu tidak aktif seperti kebanyakan haiwan lain dan kebanyakan masanya dihabiskan dengan tidur.
Beliau berkata masalah perbezaan iklim dapat diatasi melalui pembinaan kompleks berkeluasan 1.6 hektar yang menyamai habitat asal panda gergasi itu dengan suhu ditetapkan antara 15 hingga 24 darjah Celsius.
"Bagaimanapun semasa sampai tadi, pegawai veterinar dari China yang mengiringi panda itu meminta supaya suhu dinaikkan kepada 26 darjah Celsius kerana cuaca di China sekarang agak panas," katanya ketika dihubungi Bernama. - Bernama

0 Komentar untuk "Panda simbol amanah kepada Malaysia"