Anugerah OSCAR: Tuah filem 'perhambaan' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anugerah OSCAR: Tuah filem 'perhambaan'



SIAPA sangka filem yang di angkat dari kisah benar masyarakat, 12 Years A Slave, berjaya mengungguli anugerah Oscar, sekaligus  dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

Diarahkan oleh Steve McQueen, filem yang dibintangi Chiwetel Ejiofor, Michael Fassbender, Benedict Cumberbatch, Paul Dano, Paul Giamatti, Lupita Nyong’o, Sarah Paulson, Brad Pitt dan Alfre Woodard ini turut memenangi dua lagi anugerah iaitu Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Lupita Nyong’o).

"Ini adalah warisan paling penting untuk seorang wira seperti Sulaiman Northup. Saya  berharap filem ini akan menjadi contoh yang baik untuk golongan masa kini," kata McQueen dalam ucapan penerimaannya.

Turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik menerusi Golden Globe 2014, filem yang mengangkat kisah seorang wira yang berasal dari New York, Solomon Northup, dalam mencari kebebasannya setelah 12 tahun menjalani hidup perhambaan.

Selama 12 tahun menjadi mangsa, Northup akhirnya mendapat idea untuk keluar dari kepompong itu dan mengubah jalan hidupnya.

Hampir mempunyai persamaan dengan filem The Butler, namun 12 Years A Slave, digarap dengan lebih realistik sehingga penonton benar-benar dapat merasai konflik dan derita yang dihadapi 'seorang hamba'.

Selain kekuatan terhadap jalan cerita, usaha Steve McQueen, dalam menghasilkan sinematografi juga turut diberi pujian oleh segelintir pencinta filem.

Graviti ungguli Oscar

Filem arahan sutradara Mexico, Alfonso Cuarón, nampaknya terpaksa akur dengan kemenangan filem 12 Years A Slave yang diangkat sebagai Filem Terbaik, meskipun Gravity dilihat mengungguli banyak kategori pada anugerah tersebut.

Merangkul tujuh anugerah iaitu, Suntingan Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Visual Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Pengarahan Terbaik, filem yang diterajui Sandra Bullock ini bagaimanapun sudah berada di tahap yang membanggakan apabila berjaya mencapai kutipan box-office lebih AS$700 juta (RM229 bilion) di seluruh dunia dan dijangka mencecah AS$750 juta (RM246 bilion) tahun ini.

Selain itu, Bullock turut dilaporkan memperoleh pendapatan sehingga AS$70 juta (RM224 juta) menerusi lakonannya dalam filem Gravity - iaitu yang terbesar dalam kerjayanya sebagai pelakon.

Anugerah Oscar ke-86 ini dianjurkan oleh Seth MacFarlane dan disiarkan secara langsung di ABC dari Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles, dengan penuh gilang-gemilang, pagi semalam

 http://www.sinarharian.com.my/hiburan/tuah-filem-perhambaan-1.256595
0 Komentar untuk "Anugerah OSCAR: Tuah filem 'perhambaan'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI