Awie, Erra, Ziana buai peminat Teater Suara Kita yang mengabungkan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain ternyata mengubat kerinduan peminat-peminat mereka berlansung di Istana Budaya. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
MASIH menyengat! Gandingan tiga bintang yang menghiasi industri hiburan tanah air sejak awal 90-an di Istana Budaya malam tadi, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain nyata mengubat kerinduan peminat-peminat mereka.
Berkongsi pentas dalam satu konsert Teaterikal Suara Kita, tiga penyanyi dan pelakon ini membawa penonton mengimbau kenangan yang masih segar diingatan terutama melalui filem-filem serta lagu-lagu hits mereka.
Melakonkan semula babak-babak dari filem Maria Mariana, Tragedi Oktober, Sembilu 1, Sembilu dan Merah, Awie serta Ziana bijak memberi laluan buat penonton untuk bergelak dengan aksi komedi mereka.
Pemerhatian Sinar Harian Online sepanjang konsert itu, terdapat sekumpulan penonton bukan Melayu yang hadir dan turut menyanyi ketika Ziana dan Awie menyampaikan lagu.
Ziana yang pertama kali terlibat pementasan teaterikal tersebut akui perkara itu tidak mudah.
"Baru saya tahu betapa susahnya nak berlakon, menyanyi kemudian terkejar-kejar untuk babak berikutnya.
"Entah berapa kali saya kena marah dengan Erma Fatimah," katanya pada sidang media selepas konsert tersebut selesai, malam tadi.
Ziana menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Kekal, Anggapanmu dan Bersama Akhirnya.
Sementara Erra yang masih gementar pada hari pertama pementasan sempat 'membocorkan rahsia' bahawa dia dipaksa menyanyi dalam pementasan teaterikal itu.
"Sampai sekarang saya masih gementar. Bertambah gementar sebab saya kena menyanyi.
"Saya dipaksa menyanyi sebab dulu-dulu janji berlakon saja," katanya yang disambut tawa seisi sidang media.
Meskipun dalam keadaan 'dipaksa' Erra dilihat mampu menyampaikan nyanyian dan moodnya dengan baik.
Era menyampaikan beberapa buah lagu termasuk Pasrah, Jendela Hati dan Pertemuan.
Datuk Yusof Haslam yang turut terlibat dalam proses persiapan konsert itu berkongsi kebimbangan apabila diberitahu Erra bakal menyanyi.
"Apabila dapat tahu Erra akan menyanyi, saya risau dia akan 'terkucil' sebab dulu-dulu dia memang takut nak menyanyi tapi saya terkejut. Dia menyanyi dengan baik," katanya.
Selaku pencetus konsert itu Awie mengakui persembahan pertama mereka itu masih ada yang perlu ditambah baik bagi memastikan ianya tidak terlalu panjang.
Sempat bergurau mengenai lampu hijau yang diberikan oleh isterinya, Awie memberitahu diberi lampu kuning sebelum diberi keizinan untuk berduet kembali dengan Erra.
Erra dalam persembahannya juga menyatakan dengan jelas bahawa gandingannya dengan Awie setakat di pentas sahaja selain mengucapkan terima kasih kepada isteri Awie kerana memberi keizinan.
Awie menyampaikan lagu-lagu popularnya suatu ketika dulu yang masih menjadi siulan sehingga hari ini seperti Bara, Tragedi Oktober dan Ratuku.
Pementasan bakal berlangsung sehingga 9 Mac ini di Istana Budaya
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/awie-erra-ziana-buai-peminat-1.256665

0 Komentar untuk "Awie, Erra, Ziana buai peminat"