ALOR SETAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam.
“Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.
“Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini.
Sabtu lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.
Lebih menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditemui kira-kira jam 4.50 petang semalam, di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira tiga kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Walaupun kesemua mereka ditemui mati akibat lemas lemas, polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu Adzaman berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti dari segenap aspek.
Tambahnya, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka adalah lemas.
“Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul,” katanya.
“Manakala spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi memeriksa jika ada punca lain termasuk kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa,” katanya.
Adzaman berkata, pihaknya turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama.
Ditanya mengenai dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman berkata, kesan berkenaan mungkin disebabkan gigitan hidupan dalam air seperti lintah atau ikan.
Menyentuh penemuan seluar di kawasan penemuan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna, beliau memberitahu, ia bukan milik ketiga-tiga beradik itu kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai jeans biru.
“Bagaimanapun kemeja-T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya,” katanya.
Sementara itu, Adzaman turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang dipaparkan dalam laman sosial.
“Maklumat yang polis salurkan kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/kematian-3-beradik-pelajar-ditahan-bantu-siasatan-1.226626

0 Komentar untuk "Kematian 3 beradik: Pelajar ditahan bantu siasatan"