Dr Mahathir Sahkan Lepas Jawatan Penasihat Petronas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dr Mahathir Sahkan Lepas Jawatan Penasihat Petronas




    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Penasihat Petronas.
    Dr Mahathir berkata surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
    Beliau berkata sudah masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroliam negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.
    "Saya sudah 10 tahun bersama Petronas, saya rasa Petronas sudah beroperasi dengan baik dan mempunyai untung banyak," katanya.Negarawan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menganjurkan jamuan tengah hari untuk peserta forum antarabangsa 'Politik Kesederhanaan Ke Arah Keamanan dan Kestabilan' sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini, Isnin.
    Dr Mahathir dimasukkan di Institut Jantung Negara pada 16 November lepas dan dirawat hampir 10 hari setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.
    Ditanya sama ada beliau turut berhasrat untuk berundur daripada Proton Holdings Bhd, beliau berkata masih belum berfikir untuk berbuat demikian.
    Selain itu, Dr Mahathir berharap Petronas dapat mengekalkan peranannya untuk meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam syarikat itu. -BERNAMA
    0 Komentar untuk "Dr Mahathir Sahkan Lepas Jawatan Penasihat Petronas"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI