'Suap rakyat tutup mulut' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'Suap rakyat tutup mulut'

BANTING - Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid sokong jika PKR segera desak kerajaan menstruktur semula subsidi korporat berhubung kenaikan petrol dan diesel yang dianggap membebankan rakyat.

Beliau menyokong penuh kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa kerajaan sudah tidak adil jika terus menikmati subsidi tersebut sedangkan rakyat dibebani pemotongan subsidi.

“Siapa mahu lihat rakyat derita dengan kenaikan minyak sehingga menyebabkan kenaikan harga barangan lain. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak 20 sen adalah sama memotong subsidi minyak rakyat 22 peratus setahun seperti yang disiarkan Sinar Harian, semalam,” katanya.

Menurutnya, beliau terkilan dengan kenyataan Perdana Menteri yang memutuskan kenaikan harga tersebut kerana ingin meningkatkan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

"Tindakan tersebut bukan meringankan beban rakyat, tetapi seperti menyuap rakyat dengan wang bagi menutup mulut untuk tidak menaikkan isu kenaikan harga minyak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/suap-rakyat-tutup-mulut-1.198953
0 Komentar untuk "'Suap rakyat tutup mulut'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI