Apabila polis mula bercakap seperti orang politik. Masa bila pula polis boleh buat dakwaan terlebih dahulu sebelum mahkamah tentukan apa yang Dato A Samad Said buat tu salah atau tak?
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempersoal tindakan polis menahan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said pada awal pagi semalam.
Beliau berkata penahanan itu dibuat mengikut prosedur iaitu polis telah ke rumah Samad pada awal petang Selasa tetapi beliau tidak berada di rumah.
"Kita pergi awal sebenarnya (tetapi) dia tidak ada di rumah. Dia balik pada 12 tengah malam secara senyap-senyap, jadi kita terpaksa tangkap dia waktu itulah.
"Kalau berani melakukan kesalahan yang memalukan (dan) melakukan bendera negara kita yang kita sayangi sebegitu (kibar bendera lain), kenapa pula (ada pihak) menyalahkan polis bila kita ambil tindakan?," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada wacana "Masyarakat dan Jenayah-Di Manakah Kita" anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Berita Harian (BH) di sini hari ini.
Khalid berkata Samad juga diminta menyerah diri sebelum itu tetapi beliau gagal berbuat demikian.
Semalam, Samad dibebas dengan jaminan polis setelah beberapa jam diambil keterangan. Beliau ditahan kira-kira 12.25 pagi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan ambang Merdeka Jumaat lepas.
Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga mempersoal tindakan polis menahan Samad pada lewat tengah malam dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu "gangguan". - Bernama

0 Komentar untuk "Tak perlu persoal tindakan polis tahan A. Samad Said"