Institusi
kewangan dalam sesebuah ekonomi adalah nadi penggerak kepada pemesatan kegiatan
ekonomi. Ia bertindak sebagai pengantara di antara pihak pendeposit yang
mempunyai lebihan wang dan pihak yang defisit yang memerlukan dana untuk
menjalankan aktiviti ekonomi. Peranan institusi kewangan sangatlah penting
dalam membangun dan memantapkan sesebuah ekonomi melalui penawaran produk dan
perkhidmatan kepada pelanggan berteraskan kepada Syariah.
Terdapat
beberapa institusi kewangan Islam seperti bank, zakat waqf dan baitulmal. Institusi-institusi
ini perlu diperkembangkan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu
kini. Kewangan Islam berasaskan aset dan tidak berasaskan hutang. Walaubagaimanapun,
perbankan dan kewangan Islam hari ini masih mempunyai banyak kekurangan
contohnya wang tidak berasaskan kepada ekonomi sebenar. Walaupun kesemua instrumen
terus berkait dengan aset sebenar, malangnya wang tidak bersandarkan kepada aset.
Transaksi
berdasarkan prinsip syariah bersandarkan emas dan perak sebagai tukaran
matawang dan tidak boleh ditukar. Penggunaan dinar emas boleh mengelakkan
penghasilan wang yang mewujudkan buih semata-mata.
Pembiayaan
pinjaman perlu diperluaskan seperti aktiviti berbentuk ‘pengurusan dana’ serta
mengambil risiko menggunakan kaedah musyarakah. Bagi pembiayaan rumah, koperasi
perumahan Islam adalah sesuai dilaksanakan dengan menggunakan konsep sewa
berbanding faedah dan memberikan manfaat kepada pembeli.
Institusi
zakat dapat diperbaiki dengan beberapa kaedah seperti menggalakkan orang ramai
membayar zakat, ketelusan dalam pengagihan wang zakat dan mempelbagaikan cara
pengagihan membayar zakat dan mempelbagaikan cara pengagihan wang zakat.
Institusi
waqf memainkan peranan utama dalam pembiayaan, pembangunan dan pengurusan
ekonomi orang Islam yang telah lama diabaikan. Waqf memainkan peranan yang amat
penting sebagi sumber kewangan untuk berbagai-bagai tujuan yang berfaedah bagi
seseorang, kumpulan, masyarakat, dan lain-lain. Contohnya Universiti al-Azhar
dibiayai sepenuhnya oleh sistem waqf sahaja. Oleh itu setiap penuntut tidak
perlu membayar apa-apa yuran hingga ke hari ini. Oleh itu, institusi Waqf perlu
dikaji semula bagi membiayai sistem persekolahan, universiti, hospital dan
sebagainya. Wang dimanfaatkan bagi membiayai pendidikan golongan miskin
membiayai kajian dan sebagainya.
Baitulmal
pula berperanan besar dalam mengurus sistem kewangan Islam. Sebenarnya peranan
baitulmal menyerupai Kementerian Kewangan pada masa sekarang. Ianya dijaga oleh
seorang yang khusus seperti bendahari atau menteri kewangan sekarang. Ia
merupakan tempat khas untuk menjaga harta negara dan perbelajaan yang
dikeluarkan tidak bertentangan dengan syara’. Unsur keseimbangan antara
perbelanjaan dan pendapatan turut di ambil kira. Baitulmal yang juga merupakan
badan perbendaharaan dan peranannya bukan setakat menyimpan dan mengagihkan
harta kerajaan bahkan peranannya jauh lebih penting daripada itu.
Dalam
konsep takaful, peserta rancangan takaful bersetuju memberi berdasarkan
tabarru’ (derma) dengan niat membantu antara satu sama lain berbeza dengan
sistem kewangan konvensional, objektif peserta ialah hanya untuk hanya untuk
mendapatkan keuntungan dan perlindungan. Manakala prinsip amalan takaful
dapatlah disimpulkan sebagai satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan
tolong-menolong antara anggota masyarakat yang sama-sama ingin mendapatkan
perlindungan bagi menghadapi kemungkinan mala petaka dan bencana Dan dari segi
urusniaga pula skim takaful nyata mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh
syara’
Untuk
itu, dalam usaha meningkatkan ekonomi ummah, pendekatan holistik amat
diperlukan. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang
bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan),
maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan, ketidakadilan, memonopoli harta
dan sebagainya.
0 Komentar untuk "Peranan Institusi Kewangan Islam Dalam Meningkatkan Ekonomi Islam"