Harga minyak Thai dijangka naik 40sen - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Harga minyak Thai dijangka naik 40sen

BANGKOK - THAILAND.Harga minyak domestik dijangka naik 3 (30 sen) hingga 4 baht (40sen) seliter jika Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Syria, menurut penganalisis kanan Pusat Kecekapan Ekonomi di Bank Komersial Siam, semalam.

Sivalai Khantachavana berkata, jika Kongres meluluskan operasi ketenteraan itu, harga minyak mentah Brent boleh meningkat kepada AS$125 (RM416) setong.

Difahamkan kepada Bangkok Post, harga minyak juga boleh mencecah AS$150 (RM500) setong jika tindakan ketenteraan terbabit memberi kesan kepada Iraq yang merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia.

"Kenaikan harga minyak runcit menyebabkan harga produk turut meningkat pada masa hadapan, sekali gus mengakibatkan peningkatan inflasi dunia kepada 2.8 daripada 0.5 peratus," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi MTS Gold Kritrat Hiranyasiri memaklumkan pasaran emas masih menunggu keputusan Rizab Persekutuan AS untuk melaksanakan pelonggaran kuantitatif.

http://www.sinarharian.com.my/harga-minyak-thai-dijangka-naik-40sen-1.200148
0 Komentar untuk "Harga minyak Thai dijangka naik 40sen"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI