Nabila Huda - Nahas cetus balah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Nabila Huda - Nahas cetus balah


Kemalangan membabitkan pelakon popular, Nabila Huda Suhaimi, 29, atau Nabila Huda serta anak perempuannya berusia empat tahun selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 71, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kelmarin, mencetus drama antara Nabila dan bekas suami, Zaidy Zailani, 32.

Tindakan Zaidy memuat naik beberapa status berbaur kemarahan di laman Twitter sejurus mendapat tahu nahas menyebabkan anak perempuan mereka, Keisha Laila Zaidy patah tangan kiri selain luka-luka di kepala, menimbulkan spekulasi bagai ada yang tidak kena dalam hubungan dia dan Nabila.

Malah, tindakan Zaidy ditegur peminat aktres popular itu yang mempersoalkan dia seolah-olah tidak percaya kepada qada dan qadar Allah selain mahu meletakkan kesalahan kepada Nabila.

Tidak cukup itu, gosip nakal bertebaran mempersoalkan mengapa Nabila yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan beberapa jejaka, ditemani pelakon, Syazwan Zulkifly, 26, ketika kemalangan itu berlaku.

Syazwan dilaporkan memandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) Mitsubishi Triton yang dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Sama seperti Nabila, Syazwan mengalami cedera ringan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nahascetusbalah/Article
0 Komentar untuk "Nabila Huda - Nahas cetus balah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI