KL Gangster 2 kena sabotaj - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

KL Gangster 2 kena sabotaj

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KLGangster2kenasabotaj/Article

Belum sempat ditayang di pawagam awal Oktober ini, filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2, celus di internet, semalam.

Syamsul mendakwa, ada pihak memuat naik filem aksi prekuel kepada KL Gangster itu hingga membolehkan peminat menonton karya terbarunya itu sebulan lebih awal daripada tayangan umum pada 3 Oktober depan.

Peringatan buat semua, Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedar atau memuat naik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran di mana-mana sekalipun.

Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab, jelas Syamsul melalui laman Facebooknya, semalam.

Semalam, dalang dikesan membocorkan filem KL Gangster 2 dengan memuat naik karya itu di internet secara haram. Bagaimanapun, maklumat diperoleh dari Grand Brilliance, versi yang dimuat naik adalah produk peringkat awal dengan kesan audio dan Imej Janaan Komputer (CGI) tidak sempurna.

Tindakan memuat naik filem KL Gangster 2 secara haram menimbulkan kemarahan pemenang trofi Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 itu yang bekerja keras menghasilkan filem KL Gangster 2.

Dalam keadaan industri filem yang tidak menentu sekarang, kegiatan memuat naik filem KL Gangster 2 secara haram, dikhuatiri menjejaskan kutipan dan sambutan penonton apabila filem itu ditayangkan.
Yusof syak ada pihak sabotaj

Selain Syamsul, insan yang kecewa dan tidak berpuas hati dengan berita itu pastinya bapa Syamsul, Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam.

Ketika dihubungi HIP petang semalam, Yusof mengesyaki ada pihak tidak senang dengan karya terbaru anaknya itu hingga sanggup memuat naik filem itu secara haram.

Filem ini menjadi mangsa sabotaj pihak tertentu yang tidak senang dengan sambutan awal yang diterima. Sejak trailer filem ini disiarkan di laman YouTube, kami mendapat maklum balas yang cukup baik dari pelbagai pihak termasuk pawagam.

Malah, pihak pawagam tidak sabar untuk menayangkan filem ini, katanya.

Yusof berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis malam kelmarin dan Skop Production akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dalang terbabit.

Yusof berkata, dia akan mengadakan sidang media khas di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini bagi menghuraikan kes membabitkan filem anaknya itu.

Pada sidang media itu, semua pihak termasuk yang terbabit dalam urusan penggambaran filem dari peringkat awal sehinggalah ke pos produksi akan turut serta, katanya.

Tak jejas minat penonton 

Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, biarpun terkejut, pihaknya tidak risau dengan tayangan awal itu.

Saya tak fikir penyebaran filem KL Gangster 2 ini akan mempengaruhi sambutan penonton di pawagam. Apa yang bocor di internet itu adalah produk peringkat awal, bukan terkini. Malah, audio dan CGI masih belum lengkap dan sempurna, jelasnya.

Sebaik saja mengetahui kejadian itu, Tengku Iesta menghubungi Yusof untuk mendapatkan penjelasan selain berbincang jalan terbaik menghentikan penyebaran filem berkenaan.

KL Gangster 2 iaitu filem prekuel kepada KL Gangster, menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.

0 Komentar untuk "KL Gangster 2 kena sabotaj"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI