PM tegur Waythamoorthy - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PM tegur Waythamoorthy

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMtegurWaythamoorthy/Article/index_html

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam menegur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy yang tidak menyokong pendirian kerajaan dalam gerakan membanteras kegiatan jenayah.

Perdana Menteri berkata, sebagai sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan, beliau sepatutnya menyokong ketetapan yang dibuat kerajaan.
Kita kalau sebagai anggota pentadbiran, kita kena sealiran, maknanya pendapat kita kena senada antara anggota pentadbiran... itu dasar yang perlu dipegang, katanya.

Selaras kehendak rakyat 

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Waythamoorthy dalam sebuah portal berita baru-baru ini yang mempertahankan pendiriannya mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Waythamoorthy, dalam laporan berkenaan turut mempersoalkan sama ada tindakan polis menembak mati penjenayah boleh mengatasi masalah jenayah di negara ini.

Perdana Menteri juga menegaskan pemburuan habis-habisan semua anggota kongsi gelap dan pertubuhan jenayah selaras dengan kehendak rakyat yang mahukan kehidupan aman dan selamat.
Bukan tindakan drastik

Mengulas pengumuman nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam, Perdana Menteri berkata, ia bukan tindakan drastik kerana rakyat mengharapkan pendekatan lebih dan tegas dan berkesan.

Kita bukan sengaja mencari kesalahan, sebaliknya semua ini adalah ketetapan kerajaan supaya sesuatu dapat dilakukan secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh untuk membanteras jenayah.

Arahan sudah diberi dan inilah tindakan yang diambil. Tindakan ini bukan saja atas arahan kerajaan tetapi mendapat sokongan rakyat. Rakyat mesti dapat hidup dalam sebuah negara di mana mereka rasa selamat.

Kita tidak akan tolak ansur, malah saya minta PDRM supaya tindakan ini dilakukan secara berterusan. Jika anda mahu hidup dalam negara dengan bebas daripada ketakutan, kita kena menentang jenayah, terutama jenayah terancang, katanya.

Tanda Putera 

Mengenai isu larangan tayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang, Najib berkata, terpulang kepada pengusaha pawagam sama ada mahu menayang filem berkenaan.

Ini negara bebas, terpulang kepada pawagam untuk menayangkannya. Saya tak pasti kuasa kerajaan negeri dalam perkara ini tetapi negara ini negara bebas, malah DAP pun selalu suarakan kebebasan, katanya.
0 Komentar untuk "PM tegur Waythamoorthy"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI