http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RujukPeguamNegara_/Article/index_html
Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menyekat penayangan filem kontroversi Tanda Putera di negeri itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kementeriannya bersama Pejabat Peguam Negara akan melihat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam isu terbabit.
Katanya, kerajaan negeri hanya berkuasa menentukan sama ada pawagam boleh dibina, dibuka dan digunakan, manakala hak memberi lesen kepada pawagam terletak di bawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Cari penyelesaian
Tanda Putera berstatus wajib tayang, bila dapat tentangan , kementerian perlu cari penyelesaian. Kita akan lihat perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dari perspektif undang-undang, katanya selepas meninjau raptai terakhir Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, semalam.
Kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengarahkan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, mengeluarkan surat rasmi kepada pengendali panggung wayang di negeri itu supaya tidak menayangkan Tanda Putera, kononnya boleh mencetuskan konflik antara kaum dan menjejaskan keharmonian rakyat.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan itu lebih bermotifkan politik dan cuba menutup sejarah sebenar selain menyerlahkan sikap perkauman pemimpin parti itu.
Saya tak terkejut kerana mereka sememangnya hanya akan memperjuangkan sesuatu apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka. Apabila sedikit sebanyak menyentuh sikap mereka, inilah tindakan yang diambil dan ternyata DAP melihat penayangan filem itu dari sudut perkauman, katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Hishammuddin juga mempersoalkan sama ada kepemimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Guan Eng dan pemimpin lain sudah menonton filem itu yang memaparkan sejarah perjuangan pemimpin negara, khususnya Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, sebelum membuat keputusan itu.
Kenapa sebelum ini ada filem yang dilihat menghina orang Melayu tidak dipertikaikan mereka, katanya sambil menganggap tindakan itu juga membuktikan sikap hipokrit DAP yang kononnya memperjuangkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.
Tak selaras prinsip
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, juga melihat pendirian Guan Eng berhubung isu itu, jelas tidak selaras dengan prinsip parti berkenaan yang kononnya memperjuangkan demokrasi.
Ini pilih kasih, sedangkan Tanda Putera memaparkan fakta sejarah berhubung tragedi 13 Mei 1969 dan tiada kaitan langsung dengan DAP atau Kit Siang. Jika mereka boikot filem itu, saya sarankan Jabatan Penerangan tayang Tanda Putera melalui wayang pacak di negeri itu, katanya.

0 Komentar untuk "'Rujuk Peguam Negara'"