http://www.sinarharian.com.my/nasional/tpp-jangan-jadi-pelanduk-yang-mati-tersepit-1.185423
SHAH ALAM – Jika Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), natijahnya negara akan 'terjerat' dan hak untuk mengekang kemasukan syarikat asing seperti Lynas tidak dapat dilakukan, menurut kajian Institut Rakyat.
Menurutnya, perjanjian TPP akan menyebabkan syarikat asing bakal memperoleh peluang yang saksama dan mungkin lebih berbanding syarikat tempatan.
Meskipun senario itu akan memaksa syarikat tempatan untuk meningkatkan daya saing agar kekal teguh, sekali gus merangsang persaingan sihat dalam pasaran tempatan, namun campur tangan asing itu bukanlah jawapan terbaik untuk menyelesaikan masalah di Malaysia.
“Memberikan terlalu banyak hak kepada syarikat gergasi asing bakal merencatkan pembangunan usahawan tempatan seperti kepincangan sistem kroni.
“Sekiranya para perunding tidak berhati-hati, perjanjian TPP bakal mengakibatkan kegagalan ekonomi yang lebih dahsyat daripada sistem kroni kerana ruang dan fleksibiliti bagi para penggubal dasar dalam membentuk hala tuju ekonomi Malaysia berlandaskan kepentingan rakyat kemungkinan besar akan mengecil dengan drastik sekali,” kata badan bebas itu yang dipetik dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut badan itu lagi, perjanjian TPP juga dilihat sebagai cubaan Amerika Syarikat untuk mengekang pengaruh negara China, yang tidak terlibat dalam rundingan itu di rantau Asia-Pasifik.
Menurutnya, sepanjang lima bulan pertama 2013, China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia (14.3 peratus), manakala Amerika Syarikat pula (8.1 peratus) berada di tangga kelima.
“Institut Rakyat berpendapat bahawa Malaysia harus berwaspada dalam setiap tindakan yang diambil supaya Malaysia tidak menjadi pelanduk yang tersepit mati di tengah-tengah apabila dua gajah sama berjuang.
“Para pemerhati yang arif bersetuju bahawa pendekatan Amerika Syarikat bagi sebarang FTA lebih didorong oleh cita-cita geopolitik mereka berbanding kepentingan ekonomi.
“Para pengkritik dasar Barisan Nasional yang menggalakkan kontrak kroni dan kedudukan dominan GLCs mungkin melihat TPP sebagai suatu cara untuk menstruktur semula ekonomi di Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, Institut Rakyat mendesak kerajaan supaya mendedahkan analisis kos-faedah yang dibuat sebelum menyertai rundingan perjanjian TPP.
Walaupun Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti) berjanji untuk menyerahkan laporan penilaian TPP yang diselaraskan oleh United Nations Development Programme (UNDP) dalam masa dua minggu selepas mesyuarat di antara wakil Miti, ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Institut Rakyat diadakan pada pertengahan Jun 2013, namun sehingga kini, tiada sebarang maklumat yang telah diterima.
“Malaysia perlu menimbang tara di antara peluang dan kos dari sudut ekonomi dan politik sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
“Kerajaan Malaysia yang begitu berbangga dengan sistem demokrasi perwakilannya harus telus dengan rakyat mengenai TPP memandangkan perjanjian tersebut akan memberi impak terhadap masa depan Malaysia di rantau Asia-Pasifik,” katanya.

0 Komentar untuk "TPP: Jangan jadi pelanduk yang mati tersepit"