Kabinet baru Mesir bertemu penunjuk perasaan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kabinet baru Mesir bertemu penunjuk perasaan

http://www.sinarharian.com.my/global/kabinet-baru-mesir-bertemu-penunjuk-perasaan-1.185426

KAHERAH- MESIR. Kabinet baru Mesir telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama dan menggesa semua pihak bagi memastikan demonstrasi  yang sedang berjalan itu diadakan dalam keadaan aman.

Dalam keganasan terbaru, penunjuk perasaan di Sinai telah menembak mati dua orang askar dan seorang anggota polis, semalam.

Lelaki bersenjata yang tidak dikenali itu menambak mati tiga anggota keselamatan di bandar AL-Arish dan sejak Presiden Mohamed Mursi digulingkan, semakin kerap serangan ke atas anggota keselamatan berlaku.

Kabinet baru turut mengadakan pelan tindakan dan telah membuat peralihan politik sementara bagi meningkatkan kredibiliti pentadbiran tentera di negara itu.

Satu panel baru yang melantik empat profesor universiti dan enam hakim juga turut membincangkan draf baru perlembagaan bagi Majlis Syura.
0 Komentar untuk "Kabinet baru Mesir bertemu penunjuk perasaan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI