Tengku Zulpuri Shah Dipilih Ketua Pembangkang DUN Pahang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tengku Zulpuri Shah Dipilih Ketua Pembangkang DUN Pahang

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/1/mstar_berita/20130630204724&sec=mstar_berita



    Tengku Zulpuri Puji Shah Raja Puri
    KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dipilih sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.
    Sumber berkata keputusan melantik Tengku Zulpuri yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang telah dipersetujui pemimpin Pakatan Rakyat dari negeri lain.
    Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, DAP memenangi kerusi paling banyak dikalangan parti pembangkang dengan tujuh, diikuti PAS (tiga) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) (dua).
    Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi DUN, dengan memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN.
    Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn ketika dihubungi mengesahkan keputusan melantik Tengku Zulpuri, telah dipersetujui oleh jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) parti berbanding memilih Pengerusi DAP, Leong Ngah Ngah.
    Beliau berkata keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat di negeri lain dan tiada bantahan diterima.
    "Semua wakil rakyat pembangkang akan hadir majis angkat sumpah esok.
    "Kami bersedia untuk mengemukakan soalan dan bahas isu dengan ADUN BN dalam suasana yang bertamadun dan konstruktif," katanya
    Difahamkan taklimat presiden telah diadakan di bangunan Yayasan Pahang pada lewat Ahad untuk memberi penerangan kepada wakil rakyat BN supaya mereka bersedia sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku ketika sidang DUN.
    Sementara itu,sumber berkata Adnan akan melantik Speaker DUN yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.
    "Ada beberapa nama dan ia kejutan bakal berlaku. Ada juga kemungkinan pelantikan Timbalan Speaker turut dibuat walaupun ia tidak pernah dibuat sebelum ini," menurut sumber berkenaan.
    Sumber itu berkata timbalan speaker dilihat perlu pada sidang DUN kali ini ekoran bilangan ADUN pembangkang yang lebih ramai.
    Antara nama yang disebut-sebut ialah ADUN Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, ADUN Pulau Tawar Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Jenderak Datuk Mohamed Jaafar dan bekas ADUN Bebar, Datuk Ishak Muhammad.
    Ada juga kemungkinan wakil rakyat MCA dilantik sebagai Timbalan Speaker, antara mereka yang disebut-sebut ialah, Datuk Lau Lee (Damak) dan Datuk Fong Koong Fuee (Cheka).
    Pada 2004, Leong merupakan ADUN pembangkang tunggal sementara pada 2008, terdapat empat wakil rakyat menyertai pakatan pembangkang.
    Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka keluar parti dan, menjadi wakil rakyat Bebas, akhirnya menyertai Gerakan.
    Majlis Makan Malam semua ADUN bersama Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dijadual berlangsung pada Selasa.
    Sidang DUN dijangkan bermula pada 8 Julai selama semingu.
    0 Komentar untuk "Tengku Zulpuri Shah Dipilih Ketua Pembangkang DUN Pahang"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI