Penggubalan Seksyen 107(b) Rujuk Perlembagaan Persekutuan - Muhyiddin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penggubalan Seksyen 107(b) Rujuk Perlembagaan Persekutuan - Muhyiddin

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/1/mstar_berita/20130701164356&sec=mstar_berita



    KUALA LUMPUR: Peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 berhubung persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penggubalan RUU itu juga dibuat berdasarkan Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes pertikaian kanak-kanak 'diislamkan' tanpa persetujuan kedua-dua waris.
    "Kabinet sudah bincang dengan mendalam, kita faham perlunya ada keputusan yang lebih adil.
    "Tapi kita juga faham dalam keadaan sedia ada ini, ada beberapa panduan yang kita gunakan iaitu keputusan mahkamah berhubung kes yang sudah berlaku dan peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuaan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
    Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.
    Kandungan seksyen itu dilihat oleh banyak pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) sebagai bertentangan dengan keputusan kabinet yang diumumkan pada 23 April 2009, iaitu bahawa agama seseorang kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak.
    MIC membuat kenyataan umum bahawa parti itu tidak dilibatkan dalam perbincangan tentang Seksyen 107(b) rang undang-undang berkenaan manakala Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu pula telah menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan tersebut sebagai "mengejutkan" serta "licik" dan beliau menganggap langkah tersebut berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang banyak diperkatakan.
    Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, kerajaan sedang mengambil kira pandangan semua pihak mengenai bantahan itu.
    Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat pengumuman khas mengenai RUU itu.
    "Kita ambil perhatian, kita faham ada beberapa perkara yang menjadi perhatian umum sama ada masyarakat Islam dan bukan Islam.
    "Kita akan teliti, Datuk Seri Jamil Khir akan buat pengumuman tertentu sama ada sebelum RUU itu dibentangkan," katanya.
    0 Komentar untuk "Penggubalan Seksyen 107(b) Rujuk Perlembagaan Persekutuan - Muhyiddin"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI