Abdul Azeez Abdul Rahim Dilantik Pengerusi Tabung Haji - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Abdul Azeez Abdul Rahim Dilantik Pengerusi Tabung Haji

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/1/mstar_berita/20130701211358&sec=mstar_berita



    KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa Isnin.
    Abdul Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.
    "Pelantikan Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH, diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata TH dalam satu kenyataan Isnin.
    Menurut TH, ini kerana Abdul Azeez dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosioekonomi komuniti sejagat.
    Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling selain anggota Majlis Tertinggi Umno sejak 2008.
    Kenyataan TH juga menyebut Abdul Azeez menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan sangat aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.
    "Beliau terkenal dengan kerja sukarelawan dan misi kemanusiaan," katanya.Antara misi yang dijayakan Abdul Azeez ialah bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza. -BERNAMA
    0 Komentar untuk "Abdul Azeez Abdul Rahim Dilantik Pengerusi Tabung Haji"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI