Populariti Calon Bukan Jaminan Tawan Hati Penduduk Kuala Besut - Idris - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Populariti Calon Bukan Jaminan Tawan Hati Penduduk Kuala Besut - Idris

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/1/mstar_berita/20130701142352&sec=mstar_berita

Idris Jusoh.
BESUT: Populariti calon bukan satu jaminan atau kelebihan untuk menawan hati pengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk SeriIdris Jusoh.
Beliau berkata, pengundi di kawasan itu tidak mudah termakan dakyah dan menyokong calon sembarangan yang tidak dikenali secara dekat.
"Pengundi di Kuala Besut yang majoritinya nelayan telah saya kenali sejak bertahun lamanya ketika menjadi wakil rakyat dan mereka mempunyai prinsip sendiri dalam soal menentukan wakil rakyat mereka," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa media cetak mengenai ura-ura pembangkang meletakkan pendakwah bebas terkenal Ustas Azhar Idrus (UAI) sebagai calon PAS pada pilihan raya kecil itu.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar Rabu lepas akibat kanser paru-paru.
Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, jika penduduk Kuala Besut tidak memilih calon Barisan Nasional (BN), segala rancangan yang diatur sebelum ini tidak akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
Sementara itu, beliau berkata, Umno bahagian Besut akan menyenaraikan namatokoh-tokoh anak tempatan termasuk pentadbir agama, pendidik, pegawai tadbir dan bekas pegawai kanan kerajaan kepada Pengerusi BN untuk dicalonkan pada pilihanraya kecil itu.- BERNAMA
0 Komentar untuk "Populariti Calon Bukan Jaminan Tawan Hati Penduduk Kuala Besut - Idris"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI