http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=27608
Beliau tetap unggul dan masih dianggap pemimpin baru dunia Islam yang diharapkan, yang berjuang melaksanakan Islam melalui demokrasi. Erdogan pemimpin politik yang digelar ‘Muazin Istanbul Penumbang Sekularisme Turki’. Beliau mampu mengembalikan masa keemasan Turki pada masa lampu di zaman Khilafah Uthmaniyah, walaupun cara dan pendekatan keduaduanya berbeza.
Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
KRISIS politik di Turki yang mencetuskan tunjuk perasaan berterusan di Medan Taksim – dan aksi lain golongan politik sekular negara itu, tidak menjejaskan sama sekali kewibawaan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan sebagai seorang reformis Islam yang menyerlah pada abad ini.
Beliau tetap unggul dan masih dianggap pemimpin baru dunia Islam yang diharapkan, yang berjuang melaksanakan Islam melalui demokrasi. Erdogan pemimpin politik yang digelar ‘Muazin Istanbul Penumbang Sekularisme Turki’. Beliau mampu mengembalikan masa keemasan Turki pada masa lampu di zaman Khilafah Uthmaniyah, walaupun cara dan pendekatan keduaduanya berbeza.
Erdogan, seorang Islamis demokrat telah membebaskan Turki daripada belenggu sekularisme dan autoritarianisme yang mengkesampingkan Islam dan menjerumuskan negara indah itu ke dalam kegelapan berdekaddekad lamanya.
Dengan kehebatan kepiawaiannya berpolitik, Erdogan mampu meyakinkan rakyatnya bahawa dengan identiti demokrasi Islamnya, Turki boleh mengembalikan kegemilangan Khilafah Uthmaniyah, daulah yang tidak hanya teguh dari segi pertahanan, tetapi juga dalam perekonomian serta menebarkan Islam ke seluruh dunia.
Ini kesan yang dapat saya fahami ketika membaca buku terbaru Recep Tayyip Erdogan oleh Syarif Taghian, terbitan Alam Raya Enterprise dengan kata pengantar oleh Dato’ Husam Musa.
Dengan keyakinan bahawa ‘Islam adalah Penyelesai’ (Al-Islam huwa Al-Hall), Erdogan yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang kuat berpegang kepada agama, mampu membangkitkan kembali Turki daripada jolokan The Sick Man of Europe menjadi negara yang sihat dan tumbuh berkembang. Bahkan di bawah pemerintahannya, Turki menjadi negara yang mampu memberikan sumbangan besar dalam menciptakan perdamaian.
Beliau menentang penaklukan Israel ke atas Palestin, menentang kezaliman Bashar Al-Assad di Syria, bahkan memberikan bantuan terhadap rakyat Palestin serta juga ribuan pelarian Syria di sempadan negaranya.
Dari segi ketrampilannya, beliau tidak lihat sebagai seorang tokoh Islamis dengan janggut, serban dan jubahnya, tetapi memakai pakian Barat. Namun hati nuraninya sentiasa berada dalam orbit Islam dan berusaha memulihkan kembali keunggulan Islam di negaranya, walaupun tanpa membuang gambar bapa sekularis, Kemal Attaturk di Dewan Parlimen Turki di Ankara, bahkan dia masih menyebut Turki sebagai negara sekukar, tetapi sekular yang demokratik.
Bagi Erdogan, apalah ada pada nama, sedangkan beliau telah memulihkan kembali sistem nilai Islam di negaranya, membenarkan azan dilaungkan lima kali sehari di negara itu.
Bayangkan selama ini Medan Taksim, jalan utama di Istanbul, kelihatannya seperti kota Paris, London dan Amsterdam dengan gegak gempita pusatpusat hiburan di situ, kini berkumandang suara azan dari Masjid Biru dan masjid lain di Turki. Umat Islam Turki berbondong-bondong ke masjid.
Tidak lama lagi, Muzium Hagia Sophia di Istanbul yang dulunya masjid agung di zaman Uthmaniyah, kemudian bertukar menjadi muzium di zaman Attaturk, kini sedang diusahakan oleh kerajaan Erdogan untuk menjadikannya kembali sebagai masjid.
Di samping itu, banyak madrasah (imam khatib) yang telah ditutup di zaman Attaturk, kini bersemarak kembali dan dipenuhi penuntut pelbagai negara yang belajar agama dan kelas tahfiz al-Quran.
Dengan kesantunannya, Erdogan mampu menghapuskan ‘berhala sekularisme Attaturk’ tanpa melakukan rampasan kuasa dan tidak memuntahkan sebutir peluru pun kepada penentangnya.
Beliau membina imejnya sebagai seorang pemimpin Turki yang Islamis demokrat dan liberal serta terbuka. Sikap ini sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin An-Nahdah, Tunisia, Rashid al- Ghannushi.
Baginya inilah imej dan perilaku yang sangat sesuai dengan suasana masa kini, terutama bagi negaranya yang terbelah dua antara Asia dan Eropah. Namun akar tunjung pemikirannya tetap dalam orbit Islam dan berusaha untuk berperanan sebagai pemimpin Islam.
Keraguan kelompok sekular Turki yang menyebut Erdogan sebagai sosok ‘Islamis Reaksioner’ dijawab olehnya dengan kerja nyata dalam mensejahterakan rakyat Turki dan menjadikan negaranya sebagai kekuatan pengimbang dalam kancah globalisasi.
Erdogan mampu membawa Turki menjadi negara yang stabil ekonomnya dan berdikari serta mampu bersaing di dunia internasional menyebabkan ia dihormati oleh Timur dan Barat.
Erdogan adalah contoh ahli politik dan pemimpin yang tidak luntur oleh kekuasaan, sehingga melupakan identiti keislamannya.
Jejaknya dalam membela umat Islam yang tertindas, terutama di Palestin, sangat menyerlah.
Beliau boleh menjadi teladan kepada ahli politik, aktivis, dan mereka yang berjuang untuk Islam dan rakyat.
0 Komentar untuk "Erdogan dihormati Barat, Timur "