http://www.sinarharian.com.my/kerajaan-perlu-nyata-pendirian-1.179891
SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi pendirian mengenai krisis penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, tindakan itu wajar bagi menunjukkan hubungan solidariti terhadap negara tersebut.
“Sepatutnya Wisma Putra atau Perdana Menteri keluarkan kenyataan pendirian rasmi Malaysia dengan situasi yang berlaku di Mesir.
“Situasi di sana memang rumit, sulit kepada kerajaan dan juga rakyat dengan apa yang berlaku, “ katanya.
Menurutnya, walaupun situasi Mesir itu kritikal, tetapi demi hubungan diplomatik, beliau percaya kerajaan akan mengeluarkan pendiriannya akan dalam masa terdekat.
“Saya percaya kerajaan Malaysia akan keluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi negara dengan apa yang berlaku di Mesir,” katanya.
Bagaimanapun, beliau turut menyarankan rakyat supaya tidak menyamakan situasi yang berlaku di Mesir dengan Malaysia.
“Situasinya berbeza, situasi di Mesir lain. Di negara kita ia jauh lebih baik kerana kita mampu menikmati kehidupan yang aman harmoni serta boleh bergerak bebas.
“Kerajaan kita masih mampu memberi jaminan kesejahteraan dan keamanan. Apa yang menyebabkan lebih teruk di Mesir kerana Mursi dikatakan beliau mengabaikan tanggungjawabnya sehingga rakyat semakin menderita,” kata beliau.
Dr Mohamed Mursi merupakan Presiden Mesir daripada Gerakan Islam Ikhwan Muslimin dilantik melalui sistem demokrasi pada pertengahan 2012 setelah tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak pada Januari 2011.
Bagaimanapun baru genap setahun pentadbirannya Mursi digulingkan tentera yang asalnya memberi kata dua supaya Mursi berundur sebelum bertindak menahannya di rumah beliau.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, tindakan tentera itu tidak wajar yang menyifatkan ia sebagai tragedi malang bagi Mursi.
“Saya lihat ia tidak wajar, amat malang kerana diguling tentera. Tapi dalam masa sama tentera sebenarnya terpaksa ambil tindakan itu kerana melihatkan kegagalan Mursi," katanya.

0 Komentar untuk "Kerajaan perlu nyata pendirian"