Sebelum menjadi menteri besar sehinggalah termeterainya
projek bernilai RM1.2 juta di Langkawi Mukhriz berulangkali menyebut bahawa
pembinaan KUIN Kuala Ketil yang mencecah RM 330 juta, hanya merugikan duit
rakyat. Kenapa Mukhriz terlalu prihatin dengan pembinaan kampus tetap KUIN ini
yang sekarang tersergam indah? Benarkah pembangunan KUIN hanya merugikan duit
rakyat tak seperti projek pusat hiburan di Langkawi yang boleh memberikan
pulangan yang lumayan kepada kerajaan negeri. Di sini, diberikan beberapa perkara
penting yang perlu difahami oleh Mukhriz yang hanya mementingkan pembangunan
fizikal dan material semata-mata tanpa ingin melihat aspek lain termasuklah
beberapa orang dari parti politik yang sudah semakin jauh daripada orang-orang
cerdik.
Sistem pendidikan mampu membina kekuatan modal insan dalam
pelbagai bidang agar dapat memperbaiki tahap daya saing dan pembangunan negara.
Hari ini modal insan dan intelek adalah penentu kejayaan sesebuah negara. Kita
perlu lebih ramai graduan yang berilmu, pintar, berkemampuan, berkemahiran
tinggi, beretika dan kompetitif.
FOKUS BIDANG
PENDIDIKAN
* Meningkatkan kualiti pendidikan di IPTA dan IPTS negara
agar mencapai taraf dunia,
* Menjalin hubungan lebih erat dengan universiti terkemuka
antarabangsa, bertujuan meningkatkan mutu IPT tempatan serta menjadikan
Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau dengan sasaran menarik 100,000
pelajar asing belajar di negara ini menjelang 2010,
* Menjalin hubungan lebih baik antara IPT dan swasta agar
kurikulum universiti relevan dengan tuntutan semasa dan pasaran,
* Meningkatkan mutu graduan agar mereka menjadi lebih
'employable' dan memenuhi keperluan negara bukan sahaja dari segi mengisi
peluang pekerjaan malah menguasai pelbagai bidang kemahiran dan keusahawanan,
dan
* Menggalakkan pembelajaran seumur hidup.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM18.4 bilion untuk
projek pembangunan bagi KPT di bawah RMK9. Melalui peruntukan ini, beberapa
projek dikenalpasti sebagai projek lonjakan perdana. Ia adalah penubuhan
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Darul Iman Malaysia di
Terengganu, peningkatan enrolmen pelajar UiTM dan penjenamaan semula politeknik
dan kolej komuniti. Jadi, kalaulah projek pembangunan institusi pendidikan
merugikan kenapa peruntukkan untuk sektor ini besar?
Cuba lihat kenyataan Mustapa Mohamed.
"Pembinaan fizikal universiti boleh merancakan
pembangunan sekitar dan mencetuskan pelbagai kesan limpahan yang positif.
Misalnya, dulu Bangi dan Skudai adalah dua tempat yang mundur, hanya kawasan
ladang getah dan hutan. Kini dengan adanya UTM dan UKM, Skudai dan Bangi
berubah wajah dan menjadi bandar yang melimpahkan pelbagai peluang pekerjaan,
perniagaan dan kegiatan komersil," jelas beliau, yang juga bekas Pengarah
Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Jadi, siapa yang tak cerdik menyatakan pembinaan kampus
seperti KUIN Kuala Ketil tidak memberikan sebarang pulangan dan hanya merugikan
duit kerajaan negeri?
Kampus tetap UMK diperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk kos
penyewaan, kos ubahsuai bangunan kampus sementara, perolehan tanah, pembinaan
bangunan strategik dan pembelian peralatan makmal. Adakah kos yang tinggi ini
hanya merugikan negara?
Bagi UDM kerajaan memerlukan RM350 juta di bawah RMK9 untuk
pembinaan bangunan dan infrastruktur kampus KUSZA dan Kampus Besut, RM150 juta
lagi untuk peralatan serta RM45 juta untuk kos operasi dan pembangunan dan
keseluruhan kos operasi serta pembangunan UDM untuk tempoh 2006-2011 ialah
RM985 juta. Kos setahun INSANIAH hanya RM 70 juta sedangkan UDM mencecah RM197
juta. Jadi, tidak rugikah kerajaan apabila mengeluarkan wang sebanyak itu untuk
UDM, bak kata Mukhriz dengan wang sebanyak itu, lebih baik bina rumah untuk
rakyat.
Pada tahun 2010, kerajaan Malaysia merancang membina enam
lagi kampus Uitm seluruh Negara dengan kos pembinaan setiap kampus tersebut RM
300 juta. Jadi, secara puratanya kos pembinaan kampus pendidikan antara RM 300
-500 juta. Jadi, kalau kerajaan Malaysia sendiri mementingkan pembangunan
pendidikan kenapa pula menteri besar baru tidak nampak faedah kepada sektor ini?
Hakikatnya, terlaksananya projek-projek berimpak tinggi seperti
ini, ia bukan sahaja mampu melahirkan para graduan yang memiliki modal insan
yang berkualiti malah menjana pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang
pekerjaan, lantas mengurangkan kadar kemiskinan. Sebenarnya pembangunan projek
pendidikan bukan hanya melibatkan beberapa sector sahaja tetapi juga merangkumi
semua factor termasuk perlancongan. Berapa ramai pelajar dari negara lain yang
menuntut di INSANIAH dari pelbagai negara malahan ini akan lebih memberikan tambah
nilai kerana mereka ini boleh menjadi duta kecil apabila selesai melanjutkan
pelajaran di sini.
0 Komentar untuk "Mukhriz lebih syok bina taman tema daripada pembangunan KUIN"