Setuju Presiden UMNO, timbalan tak dicabar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Setuju Presiden UMNO, timbalan tak dicabar

Kesian la Muhyidin Yasin, dah kalah teruk pun depa nak simpan Najib

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SetujuPresidenUMNO_timbalantakdicabar/Article/

Seremban: UMNO Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, akhir tahun ini.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar), semalam.
Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, mesyuarat memutuskan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.


Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden satu saja dan hanya boleh diisi oleh seorang bagi setiap jawatan. Jadi jangan cakaplah tak pecah, mesti pecah (jika dipertandingkan). Jadi adalah lebih baik kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan.

Kita minta Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sekarang kekal bekerja sebagai satu pasukan yang amat mantap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 ((PRU-14), katanya ketika sidang media selepas mesyuarat itu di Wisma UMNO di sini.

Turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, kelmarin, mencadangkan kedua-dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan kerana gandingan mantap Najib dan Muhyiddin, sepanjang empat tahun lalu, tidak pernah menimbulkan masalah kepada parti dan negara.
Gandingan mantap

Selain itu. UMNO berjaya menambah kerusi Parlimen dari 79 kepada 88 kerusi serta menambah majoriti pengundi yang menyokong parti pada PRU-13.

Di Kuala Lumpur, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz, turut mencadangkan agar tiga jawatan Naib Presiden parti turut tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan hujung tahun ini.

Jika jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan, saya percaya ia dapat mengelak perpecahan dan perselisihan faham sesama ahli, katanya ketika dihubungi.

Nada sama juga disuarakan Ketua UMNO bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menyifatkan usaha melakukan perubahan parti amat penting bagi memastikan UMNO terus relevan dan diterima rakyat.

Katanya, gandingan mantap Perdana Menteri dan timbalannya dalam menerajui parti itu tidak sewajarnya ditukar atau dicabar kedudukannya dalam pemilihan parti nanti kerana ia boleh mengundang perpecahan.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Attory Hussain, berkata tiada alasan untuk ahli UMNO menukar dua pemimpin tertinggi itu selain menyifatkan situasi pemilihan kali ini tidak sama dengan 2009.
1 Komentar untuk "Setuju Presiden UMNO, timbalan tak dicabar"

Inilah UMNO dulu kini dan selamanya

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI