Kesan Ketahanan Dakwat Kekal PRU-13 Bergantung Kepada Individu - Shahidan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kesan Ketahanan Dakwat Kekal PRU-13 Bergantung Kepada Individu - Shahidan

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/26/mstar_berita/20130626170914&sec=mstar_berita



    KUALA LUMPUR: Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
    Beliau berkata, ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.
    "Tarikh luput dakwat kekal ialah dalam tempoh empat bulan daripada tarikh iadikilangkan dan diimport dari negara luar," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.
    Soalan itu menyentuh kos perbelanjaan PRU13 dan dakwat kekal.
    Shahidan berkata, dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.
    Beliau berkata, sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU-13 lepas. - BERNAMA
    0 Komentar untuk "Kesan Ketahanan Dakwat Kekal PRU-13 Bergantung Kepada Individu - Shahidan"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI