Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/26/mstar_berita/20130626112517&sec=mstar_berita

Dr. A.Rahman Mokhtar
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.
Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.
Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu.
Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 peratus Cina dan 0.1 peratus India.
Dr A. Rahman dilahirkan 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian, Besut dan merupakan pemegang ijazah kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti of Philippines di Manila dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri sejak 2008.
Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.
Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.
0 Komentar untuk "Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI