Juara Arab Idol disambut meriah
Juara Arab Idol disambut meriah
Penduduk di Gaza meraikan kejayaan Mohammad (kanan).
RAFAH - PALESTIN. Ribuan penduduk Gaza berhimpun di selatan sempadan antara Mesir dengan Palestin bagi menyambut kepulangan pemenang pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa, Arab Idol, semalam.

Menurut pegawai kira-kira 4,000 orang bersorak sebaik Mohammad Assaf, 23, mula memasuki kawasan sempadan dalam Palestin.

"Kemenangan Mohammad dalam Arab Idol pada Sabtu lalu, amat menggembirakan penduduk di sini dan mereka meraikannya," katanya.

Penyertaan Mohammad di dalam Arab Idol juga dianggap sebagai simbol penyatuan beberapa wilayah Palestin.

Malah kemenangan anak muda itu turut mendapat pujian daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta beberapa pegawai Hamas yang memerintah Gaza.

Sementara itu, menurut laporan berita tempatan AP, selepas berada beberapa hari di Palestin, Mohammad bakal berpindah ke Dubai bagi melakukan proses rakaman lagu serta mengembangkan kerjayanya.