Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia
KUALA LUMPUR 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.
Inisiatif tarik profesional luar negara
NUSAJAYA 22 Mei – Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif baru untuk menarik golongan profesional tempatan di luar negara supaya kembali bertugas di Malaysia bagi menampung keperluan tenaga kerja mahir di negara ini.
Satu murid satu sukan mulai 2011
KUALA LUMPUR 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sebagai salah satu komponen program transformasi pendidikan bermula tahun depan.
Lesen perguruan tidak akan dilaksana
KUALA LUMPUR 22 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, para pendidik tempatan tidak perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan profesional bagi mengajar di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Tahfiz dibuang
KUALA LUMPUR: Mereka bukan calang-calang orang, tetapi tahfiz, bekas pegawai tentera, pegawai bank dan pesara kerajaan, kini tergolong sebagai pesakit terdampar selepas tiada waris termasuk anak-anak yang mahu mengambil mereka pulang walaupun sudah sembuh dirawat di hospital.
Usah bawa mentaliti lapuk
JOHOR BAHRU 22 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak membawa bersama mentaliti lapuk di kawasan setinggan ke penempatan baru sehingga menjadikan ia ‘setinggan moden’.
Kerajaan tampung sebahagian besar kos penyelenggaraan PPR
KUALA LUMPUR 22 Mei - Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) mendapat berita gembira apabila kerajaan bersetuju untuk menampung sebahagian besar daripada kos penyelenggaraan prasarana yang rosak.
Kerajaan perlu dengar suara rakyat - Pak Lah
KEPALA BATAS 22 Mei - Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.
Perkasa cabar Pemuda Pas
MACHANG 22 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Dewan Pemuda Pas mendesak kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang supaya menghapuskan juga lesen judi di negeri terlibat.
Tiada kompromi tambah pusat judi - Pas
KUALA LUMPUR 22 Mei - Dewan Pemuda Pas Pusat akan mendesak tindakan segera diambil kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang bagi menyekat peningkatan premis judi di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti itu.
Nik Aziz nafi paksa penerima konsesi balak menderma
KOTA BHARU 22 Mei - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ( gambar ) menafikan dakwaan bahawa sumbangan yang diterima oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) kendalian Pas Kelantan merupakan hasil timbal balas apabila kerajaan negeri meluluskan konsesi balak kepada syarikat tertentu.
Kunjungan Najib bawa hubungan Malaysia-Singapura ke tahap baru
SINGAPURA 22 Mei - Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di negara pulau ini bakal menyaksikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, yang dikatakan agak dingin pada masa lalu, melangkah ke tahap baru dan lebih akrab.
1,500 rumah Primas di Iskandar Malaysia
NUSAJAYA 22 Mei - Sebanyak 1,500 unit pangsapuri kos rendah akan disediakan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Iskandar Malaysia menerusi Projek Perumahan Iskandar Malaysia (Primas), pertengahan tahun depan.
P. Pinang beri tekanan kepada agensi Pusat
KEPALA BATAS 22 Mei - Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim ( gambar ) mendakwa kerajaan negeri secara berterusan memberi tekanan terhadap agensi Pusat yang terlibat dalam program pembangunan negeri.
TPM: Manfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China
KUALA LUMPUR 22 Mei - Ahli perniagaan Malaysia dan China digesa memanfaatkan sepenuhnya Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China yang ditandatangani Januari lalu bagi menjana peluang perdagangan lebih baik di samping meningkatkan aliran pelaburan langsung di antara kedua-dua negara.
Kampus ketiga UiTM Perak di Bagan Datoh
BAGAN DATOH 22 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan membuka sebuah lagi kampus cawangannya yang ketiga di Perak iaitu di Bagan Datoh, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ( gambar ).
Kompaun RM300
BESUT 22 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
CUEPACS mahu 2 bulan bonus
PULAU PINANG 22 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mempertimbangkan semula permintaannya untuk mendapatkan bonus dua bulan gaji dan memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari.
Cuti bersalin 90 hari dikaji
KUALA LUMPUR 22 Mei - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memerlukan tempoh dua bulan lagi untuk menyiapkan kajian terkini berhubung permohonan cuti bersalin 90 hari sebelum dibincang peringkat Kabinet.
Satu lagi kematian H1N1
KUALA LUMPUR 22 Mei – Satu lagi kematian akibat jangkitan selesema babi atau virus influenza A (H1N1) direkodkan oleh Kementerian Kesihatan yang melibatkan seorang lelaki berusia 48 tahun di Klang hari ini.
Peguam syariehanya orang Islam
KUALA LUMPUR 22 Mei - Seseorang yang mahu mengadili orang Islam di Mahkamah Syariah bukan sahaja perlu beragama Islam malah perlu memahami dan menghayati konsep akidah, tauhid dan rukun Islam.
Sarawak banyak restoran halal
KUCHING 22 Mei - Sejumlah 281 restoran dan hotel di Sarawak telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga hari ini.
Bayi 9 bulan maut
SUBANG JAYA 22 Mei - Seorang bapa pasti tidak menyangka tindakan membuka sedikit tingkap untuk mendapatkan udara di bilik tidur, mengakibatkan bayi lelakinya berusia sembilan bulan maut setelah terjatuh dari tingkat tiga rumah mereka, hari ini.
Kembara Mingguan Malaysia dapat sambutan
PAGOH 22 Mei - Artis dan pemimpin masyarakat diminta menjalinkan kerjasama yang lebih erat terutama dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti yang dilakukan oleh Kembara Mingguan Malaysia yang berkesempatan singgah di Pagoh dan Labis, Johor hari ini.
Shahir juara Akademi Fantasia musim ke-8
KUALA LUMPUR 22 Mei - Peserta pilihan, Shahir menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) pada final pertandingan program realiti televisyen itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.
Kadar levi tahap munasabah
JELI 22 Mei - Kerajaan akan memastikan kadar baru levi pekerja asing berada pada tahap munasabah dan tidak menjejaskan industri, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
Najib mahu swasta jadi pemacu utama ekonomi
SENAI: Kerajaan mahu melihat sektor swasta mengambil alih peranan yang dimainkan sektor awam sebagai pemacu utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE), kata Datuk Seri Najib Razak.
Lesen guru tak praktikal
KUALA LUMPUR: Syarat wajib lesen perguruan untuk guru mengajar di negara ini tidak praktikal dilaksanakan kerana kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bayi maut jatuh kuarters guru
SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.
Anak cacat mental disyaki pasangan terjun bangunan
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri warga India yang ditemui mati selepas terjun dari tingkat 29 Kondominium Villa Scott, Jalan Tun Sambathan, di sini dua hari lalu dipercayai memberi pil racun tikus kepada anak mereka kerana terlalu kecewa selepas budak lelaki berusia dua tahun itu cacat mental.
Adun Kerdau kritikal semula di IJN
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dikatakan kritikal. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengah hari semalam.
Eksklusif: Transit untuk warga terdampar sesak
RUMAH Nur Hasanah di Beranang, Selangor adalah antara rumah transit untuk pesakit terdampar yang dirujuk kebanyakan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) pelbagai hospital kerajaan di seluruh negara.
Eksklusif: Ibu bapa bercerai punca anak abai warga emas
IBU bapa bercerai sejak anak masih kecil dan sikap bapa yang tidak mahu bertanggungjawab selepas perceraian menjadi punca anak tidak mahu menjaga bapa dan lebih rela membiarkan mereka di rumah perlindungan warga tua.
PPUM nafi lewat rawat budak dihempap sinki
KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam menafikan pihaknya tidak mempedulikan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang maut dihempap sinki, Muhamad Rusydi Asyraaf Mohd Azrul Fasha, termasuk membiarkannya tanpa rawatan selama dua jam.
'Pembangunan kesejahteraan rakyat diteruskan'
JOHOR BAHRU: Kerajaan akan meneruskan pelbagai pembangunan kesejahteraan rakyat yang mencakupi pelbagai golongan, terutama yang berpendapatan rendah, kata Datuk Seri Najib Razak
Persekitaran kondusif pikat profesional
NUSAJAYA: Perdana Menteri berkata, kehilangan tenaga kerja profesional tempatan ke negara luar serta pentingnya Malaysia mempunyai persekitaran kondusif bagi menarik golongan profesional luar negara menjadi fokus utama kerajaan dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE).
Kerajaan bantu selenggara kemudahan PPR
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membiayai sebahagian kos penyelenggaraan prasarana dan kemudahan rumah pangsa di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
RM6j bantu siswa buka Student Mall di universiti
KOTA BHARU: Kerajaan memperuntukkan RM6 juta sebagai dana projek Student Mall untuk semua universiti awam dalam usaha membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa selain menjadikan mereka usahawan berjaya
PM minta kemelut MIC diselesai segera
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap kemelut yang sedang berlaku dalam MIC dapat diselesaikan segera. Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata kemelut dalam MIC kini semakin hangat kerana ramai dalam kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu yang berpendapat perlu berlaku perubahan dalam kepemimpinan tertinggi parti.
Mugilan lancar gerakan singkir Samy Vellu
PETALING JAYA: Satu usaha terancang bagi mendesak Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegang sejak lebih 31 tahun akan ditubuhkan 30 Mei ini bagi menghimpunkan sekurang-kurangnya 7,000 penyokong.
Umno syor wajibkan ahli baru ikuti induksi
PUTRAJAYA: Umno berhasrat mewajibkan semua ahli barunya mengikuti kursus induksi bagi memastikan mereka memahami Perlembagaan dan hala tuju serta perjuangan parti itu.
Manikavasagam nafi khabar angin keluar PKR
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menafikan khabar angin beliau akan keluar parti seperti diura-urakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang tersebar sejak awal pagi semalam.
Asaari ghaib perkara karut
KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta pengikut bekas kumpulan Al-Arqam supaya jangan mempercayai dakwaan kononnya Asaari Muhammad tidak meninggal dunia, sebaliknya hanya ghaib sementara waktu.
Jakim anggap isu remeh
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak perlu berbuat apa-apa dengan pengikut bekas pemimpin Al-Arqam, Asaari Muhammad yang menganggap pemimpin mereka itu tidak mati kerana ia membabitkan isu yang remeh, kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Pelancongan sedia satu juta pekerjaan
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) meletakkan Malaysia di tangga kesembilan destinasi yang sering dilawati pelancong di dunia, tahun lalu.
Korban H1N1 meningkat 86
PUTRAJAYA: Satu lagi kematian dilaporkan akibat jangkitan virus influenza A H1N1 membabitkan seorang lelaki berusia 48 tahun. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, 9 Mei lalu selepas beliau dimasukkan ke hospital berkenaan tiga hari sebelum itu kerana mengalami gejala demam dan batuk selama seminggu.
Premis tawar seks sejenis kena serbu
GEORGETOWN: Polis memberkas 20 orang yang disyaki menawarkan perkhidmatan homoseksual dan melayan pelanggan dalam dua serbuan di Pulau Tikus dan Jalan Cantoment di sini, malam kelmarin.
Shahir juara AF8
KUALA LUMPUR: Rezeki memihak Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22, apabila dinobatkan sebagai juara program TV realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) pada konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
72,051 MyKid belum dituntut
KUALA LUMPUR: Sebanyak 72,051 MyKid masih belum dituntut ibu bapa atau penjaga bayi dan kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun sejak dokumen peribadi itu diperkenalkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2003
JPJ susun semula ujian memandu 5,000 calon
BESUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpaksa menyusun semula jadual ujian memandu di beberapa negeri berikutan masalah kekurangan pegawai penguji jabatan itu yang menyebabkan kira-kira 5,000 calon ujian memandu terkandas di peringkat ujian litar dan jalan raya
Keputusan cuti bersalin 90 hari dua bulan lagi
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kerajaan akan meneruskan usul pemberian cuti bersalin sehingga 90 hari akan diketahui dalam masa dua bulan selepas kajian menyeluruh mengenainya, selesai.
Pelajar dibelasah ketika selesai masalah peribadi
KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Rompin, cedera di badan dan kepala selepas dibelasah 10 remaja lain dipercayai berpunca daripada masalah peribadi di Jambatan Tabung Haji, Kota Bahagia, dekat Rompin, petang kelmarin
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
15 OKT — Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siap...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "NASIONAL : AHAD 23 MEI 2010"