GLOBAL : AHAD 23 MEI 2010 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : AHAD 23 MEI 2010


Air India Express terhempas
NEW DELHI 22 Mei - Sebuah pesawat Air India Express yang cuba mendarat ketika hujan di sebuah lapangan terbang di kawasan berbukit di selatan India, terbabas lalu terhempas dan meletup sebelum terbakar awal hari ini, meragut 159 nyawa dengan hanya tujuh terselamat.

Stop Islamisation of Denmark desak tutup masjid
AALBORG, Denmark 22 Mei - Sebuah kumpulan anti-Islam di negara ini, Stop Islamisation of Denmark (SIAD) yang menuntut agar semua masjid ditutup, memulakan siri demonstrasi pertama di sebuah masjid di bandar Aalborg, utara negara ini, semalam.

Pemilik katering turut ditahan
ISLAMABAD 22 Mei - Seorang pemilik bersama syarikat katering yang menganjurkan acara untuk Kedutaan Amerika Syarikat (AS) merupakan antara enam yang ditahan pihak berkuasa Pakistan kerana didakwa memberi bantuan kepad suspek dalam cubaan mengebom Times Square.

Budak 13 tahun cipta rekod tawan Everest
KATHMANDU 22 Mei - Seorang budak lelaki rakyat Amerika, Jordan Romero, 13, hari ini menjadi pendaki termuda Gunung Everest setelah berjaya menawan kemuncak tertinggi dunia itu, sekali gus mencipta rekod dunia baru yang mencetuskan kontroversi.

Model Yvonne berang Keating curang
DUBLIN 22 Mei - Isteri anggota kumpulan Boyzone, Ronan Keating, berang dengan terdedahnya hubungan sulit penyanyi kacak itu dengan seorang penari selepas dia menemui pesanan ringkas 'panas' dalam telefon bimbit rahsia suaminya.




158 maut nahas pesawat
MANGALORE: Seramai lapan penumpang ditemui selamat, manakala 158 yang lain terbunuh, apabila sebuah pesawat Air India Express dari Dubai, terhempas di luar lapangan terbang Mangalore di negeri Karnataka apabila ia terbabas lalu merempuh kawasan belukar sebelum meletup dan terbakar awal pagi semalam.

Sherlyn tolak Playboy
MUMBAI: Bintang wanita Bollywood dan imej seksi yang sering mereka tampilkan bukanlah sesuatu yang luar biasa, tidak terkecuali Sherlyn Chopra, pelakon Bollywood yang terkenal dengan aksi panas dan berani.

Rakyat asing dituduh hasut bakar bangunan
BANGKOK: Kerajaan Thai berkata dua rakyat asing terbabit dalam serangan kebakaran khianat terhadap bangunan utama di Bangkok, yang terbongkar selepas tindakan ke atas penunuk perasaan “Baju Merah’ baru-baru ini.

Remaja AS pendaki termuda tawan Everest
BEIJING: Seorang remaja berusia 13 tahun, Jordan Romero dari Big Bear, California menjadi pendaki termuda gunung Everest selepas tiba di puncak gunung tertinggi dunia itu semalam.

Singapura uji kapal selam kawalan jauh
SINGAPURA: Tentera laut Singapura sedang melakukan ujian ke atas sebuah kapal selam kawalan jauh yang berupaya mengesan dan memusnahkan periuk api di dalam laut dalam usahanya untuk memodenkan kelengkapan pertahanan.

Tiga menteri Britain lawat di Afghanistan
KABUL: Setiausaha Luar baru Britain, William Hague dan dua menteri lain tiba di Afghanistan semalam dan memberi kata dua bahawa negara berkenaan ingin menarik balik tenteranya seberapa segera yang boleh
0 Komentar untuk "GLOBAL : AHAD 23 MEI 2010"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI