AGAMA : AHAD 23 MEI 2010 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

AGAMA : AHAD 23 MEI 2010

Wanita pelengkap kaum Adam
WANITA dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaannya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum adam tetapi juga penerus generasi manusia di alam ini.


Huru-hara kiamat
SURAH al-Takwir ini termasuk dalam kategori surah Makkiah . Ia berjumlah 29 ayat dan diturunkan selepas surah al-Masad. Hubungan surah ini dengan surah Abasa yang terdahulu ialah kedua-duanya menceritakan peristiwa hari kiamat dan bala bencananya.

Berbeza pada perkara sunat
SOALAN PERINTAH Allah untuk Muslim mengerjakan solat (dan mengeluarkan zakat) terdapat dalam beberapa surah al-Quran. Bagaimanapun, penjelasan cara solat tidak dinyatakan dalam al-Quran dan dirujuk kepada sunnah Rasulullah.


Masjid tertua Niujie popular
BEIJING, ibu negara China, bandar kedua terbesar yang menempatkan lebih 18 juta penduduk Kotanya bersih dan teratur. Seperti Malaysia, jalan-jalannya juga sesak dengan kenderaan yang bertali-arus terutama pada waktu puncak.


Yadim terbit semula majalah Dakwah
AYAT 1-4 daripada surah al-'Alaq di atas menekankan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.


Anak adalah amanah
Sesungguhnya anak yang dikurniakan Allah kepada suami isteri adalah suatu amanah dari Allah SWT. Anak bukanlah hak kita. Ia adalah hak Tuhan. Tuhan yang memberikannya kepada kita.

Menyelami proses peralihan remaja
Remaja dikaitkan dengan pewaris negara. Kerajaan, masyarakat dan keluarga sentiasa menaruh harapan kepada mereka untuk mengisi kekosongan pada masa depan.

Hati Nabi SAW dibersihkan
ISRAK dan Mikraj mencatatkan banyak peristiwa penting yang ditempuhi dan dilihat oleh Rasulullah SAW. Semuanya diperlihatkan kepada baginda dengan jelas, bukannya untuk tatapan mata semata-mata.

Teori akad dalam kehidupan
AKAD atau kontrak berasal dari bahasa Arab yang bermaksud ikatan atau simpulan sama ada yang dapat dilihat (hissiy) mahupun yang tidak dapat dilihat ( ma'nawiy ).


Sejarah perkembangan tasauf
MINGGU lepas kita telah meninjau takrif dan makna istilah-istilah utama dalam cabang ilmu tasauf. Ia memberi gambaran betapa tasauf adalah satu disiplin ilmu yang tersendiri, tersusun dan ilmiah sifatnya.




Ulul Albab: Ekonomi Islam: Mitos atau Realiti?
AKHIR-AKHIR ini penggunaan kata ‘mitos’ dan ’realiti’ dalam perbincangan berkaitan Islam kerap digunakan. Baru saja berlalu ialah syarahan yang disampaikan seorang tokoh intelektual Islam antarabangsa, Prof Dr Ali Al’Amin Mazrui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Selasa lalu.

Ilmuwan Islam: Ibnu al-Baitar perintis perubatan herba
RATUSAN bahkan ribuan jenis herba kita miliki hari ini. Sebagai ubat alternatif, herba mempunyai banyak manfaatnya. Ibnu al-Baitar (w. 1248) sebagai ilmuwan perubatan Islam terkemudian sudah mengumpulkan 1,400 jenis tumbuh-tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dalam bukunya, Kitab al-Jami’ fi al-Adwiyah al-Mufradah (Buku Kumpulan Ubat-Ubatan).

Persoalan Agama: Solat batal jika bacaan al-Fatihah tak sempurna
ADA rakan menegur bacaan al-Fatihah saya. Kerana bukan setakat bacaannya rosak, malah berdosa dengan menyebut nama syaitan yang dilaknati Allah SWT dalam solat kita dan boleh mencacatkan solat. Bolehkah ustaz huraikan perkara ini?

Persoalan Agama: Kenikmatan syurga tidak mampu digambar manusia
LELAKI yang soleh akan hidup selamanya dalam syurga bersama bidadari dan isteri yang dinikahinya ketika hidup di dunia. Wanita yang tidak pernah berkahwin ketika hayatnya di dunia pula akan disandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati. Pertanyaan saya, adakah lelaki boleh hidup bersama wanita yang gagal dijadikan isterinya ketika di dunia biarpun wanita itu sudah menjadi isteri lelaki lain ketika di dunia?
0 Komentar untuk "AGAMA : AHAD 23 MEI 2010"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI