NASIONAL : SELASA 15 DISEMBER 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : SELASA 15 DISEMBER 2009

Sindiket bayi tumpas
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Polis berjaya menumpaskan satu sindiketpenjualan bayi dengan tertangkapnya sembilan ejen termasuk dalang danempat pembeli dalam tangkapan berasingan di Banting, Klang dan Kajang,Selangor, baru- baru ini.


PKFZ: Bekas pengurus operasi KDSB didakwa
KLANG 14 Dis. - Selepas tiga didakwa, bekas pengurus projek syarikatkontraktor pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pula dihadapkanke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 24 tuduhan menipu membabitkantuntutan lebih RM116 juta.


KITA KE FINAL
Skuad negara melayakkan diri ke perlawanan akhir acara bola sepaklelaki Sukan SEA XXV, Laos dengan bergaya selepas menewaskan tuanrumah, Laos 3-1 pada separuh akhir semalam.

Trulli, Kovalainen, Fairuz pemandu Lotus F1 Racing
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Teka-teki mengenai pelumba yang akan mendudukikerusi pemandu pasukan Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus) bagimusim 2010 terjawab apabila pengumuman rasmi mengenainya dibuat hariini.

PM terima Sulaiman letak jawatan
PUTRAJAYA 14 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menerimapeletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri SulaimanAbdul Rahman Abdul Taib atas alasan peribadi, berkuat kuasa hari ini.






Kedudukan sekolah Cina dijamin
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukansekolah persendirian Cina yang dijamin di bawah undang-undang negaramembuktikan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersifatliberal dan inklusif.

Tingkatkan teknologi hijau - TPM
PETALING JAYA 14 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan penggiatindustri automotif supaya meningkatkan pelaburan dalam teknologi hijauuntuk digunakan pada kenderaan.


Agihan pendapatan, bonus ASB 8.55 sen
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 6.78 juta pelabur Amanah SahamBumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 senseunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.

BTN lahirkan berjuta rakyat patriotik
PUTRAJAYA14 Dis. - Di sebalik tuduhan parti-parti pembangkang bahawa kursus yangdijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN) berunsurkan perkauman, agensi itusebenarnya telah melahirkan berjuta rakyat yang cintakan negara.

Raja perlu perjuang perpaduan rakyat
PUTRAJAYA14 Dis. - Raja-raja Melayu harus bersatu dengan memberi gambaran bahawakedudukan kuasa politiknya tetap utuh dengan sokongan rakyat yang sedarkepentingan institusi tersebut.

Jus soli bukti kemurahan Melayu
KUALALUMPUR 14 Dis. - DAP serta kaum minoriti di negara ini sepatutnyaberterima kasih kerana mereka diberi status kerakyatan secara jus soliiaitu kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberiberdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan danbukannya mempersoal ketuanan Melayu.

Ramai peniaga India tunggu pinjaman
KUALALUMPUR 14 Dis. - Seramai 1,148 usahawan berketurunan India masihmenunggu jawapan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)mengenai status permohonan pinjaman mereka melalui Skim PembangunanUsahawan Muda India (SPUMI).

Kalimah Allah tidak patut jadi isu
KUALALUMPUR 14 Dis. -- Persoalan berhubung penggunaan perkataan Allah tidaksepatutnya dijadikan isu memandangkan Menteri Dalam Negeri ketika itudengan nyata telah memberikan permit bersyarat kepada penerbitan akhbarmingguan, Herald - The Catholic Weekly.


Lebih 18,000 tonton teater Natrah
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Teater Natrah yang dipentaskan di Panggung Sari,Istana Budaya (IB) bermula 30 November lalu dan berakhir malam semalammencatat sejarah apabila ia secara keseluruhannya ditonton lebih 18,000penonton.

Desak iktiraf tanah adat Orang Asli
KUALALUMPUR 14 Dis. - Kerajaan diminta mengiktiraf tanah-tanah adat OrangAsli di seluruh negara bagi menjamin kelangsungan identiti masyarakattersebut.


210 PATI Thailand dihantar pulang
SADAO14 Dis. - Seramai 210 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailanddihantar pulang hari ini sempena menyambut ulang tahun kelahiran RajaBhumibol Adulyadej yang ke-82.

Penjenamaan produk pelancongan
MUAR14 Dis. - Produk-produk pelancongan di negara ini wajar diberipenjenamaan agar nilai kualiti yang ditawarkan setaraf peringkatantarabangsa.


Jurugambar Utusan Malaysia berlatih di kaki Gunung Kinabalu
RANAU14 Dis. - Mohd. Noor Mat Amin yang bakal melakukan Pendakian Solo1Malaysia 2009-2010 semalam mengadakan latihan di kaki Gunung Kinabalusetinggi 3.5 kilometer.

JPJ kutip RM1.7j sejak perkenal diskaun saman
KUALAKANGSAR 14 Dis. - Sebanyak RM1.7 juta berjaya dikutip JabatanPengangkutan Jalan (JPJ) sejak memperkenalkan kaedah pemotongan bayaransaman sehingga 30 peratus pada 18 November lalu.

Seorang maut pusat beli-belah meletup
MELAKA 14 Dis. - Seorang mati manakala 20 lagi cedera termasuk enamparah dan enam separa kritikal apabila bahagian medan selera di tingkatbawah sebuah pusat beli-belah di Jalan Panglima Awang, di sinitiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas.

Polis selesai siasat tragedi lori minyak korbankan dua beradik
JELEBU 14 Dis. - Polis mengesahkan siasatan tragedi meragut nyawa duaberadik akibat dirempuh sebuah lori tangki minyak yang terbabas diKampung Batu Ulu Klawang, Batu 18, Sabtu lalu, telah selesai.

Anak Nik Aziz cabar Exco
KOTA BHARU 14 Dis. - Nik Amalina, anak kepada Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar salah seorang anggota Excokerajaan negeri ini meletakkan jawatan.

Ketuanan bermaksud lebih berhak, bukan tuan - Nik Safiah
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hambasebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara.

Zaid Ibrahim tiada kaitan dengan ZICO
KUALALUMPUR 14 Dis. - Pengurusan tertinggi firma guaman terbesar di negaraini, Zaid Ibrahim & Co. (ZICO) menjelaskan, firma itu kini langsungtiada kaitan dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DatukZaid Ibrahim.


Guru raih RM15,000 menerusi Kala Yuda
KUALALUMPUR 14 Dis. - Karya Kala Yuda ciptaan Amer Hamzah L. Kadir dari KotaTinggi, Johor diangkat sebagai johan Sayembara Fiksyen, Sains danTeknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-Kumpulan Utusan.


Kikis tanggapan guna bahasa Inggeris tidak patriotik - Dr. Mahathir
SHAH ALAM 14 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu semua kaum di negaraini khususnya orang Melayu mengikis tanggapan bahawa penguasaan sertapenggunaan bahasa Inggeris adalah amalan yang tidak patriotik terhadapbangsa sendiri.

UPM ketuai R&D komersial biochar
SERI KEMBANGAN 14 Dis. - Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengetuaipenyelidikan dan pembangunan (R&D) aplikasi serta mengkomersialkanbiochar iaitu memproses bahan buangan menjadi arang untuk mengeluarkansumber tenaga.

MBFM tubuh Majlis Permuafakatan Generasi Peneroka Kebangsaan
RAUB 14 Dis. - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menubuhkan MajlisPermuafakatan Generasi Peneroka Kebangsaan (Muafakat) sebagai mediumbaru untuk menjaga kebajikan peneroka di negara ini.

Ahmad Said nafi seleweng kontrak pakaian seragam
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar) hari inimenafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes salah laku danpenyelewengan kuasa berhubung kontrak pakaian seragam staf barusuruhanjaya itu bernilai RM7.5 juta.


Kem R2U bina keyakinan remaja
HULU LANGAT 14 Dis. - Kem Rehlah Remaja Terbilang Utusan (R2U) antaraprogram motivasi yang boleh diikuti untuk membina keyakinan diriremaja.

Amah kini boleh mengadu ke 15999
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Perkhidmatan Talian Nur 15999 kini diperluaskanbagi menerima aduan mengenai penderaan dan penganiayaan terhadappembantu rumah.

Satu liter FuelSave jimat lebih 22km
SUBANGJAYA 14 Dis. - Percaya atau tidak, dengan hanya satu liter petrol ShellFuelSave tanpa plumbum, anda mampu memandu kenderaan lebih daripada 22kilometer (km).

Atty Barukan cari abang
KOTAKINABALU 14 Dis. - Seorang bakal pengantin perempuan dari KampungMelangkap Kota Marudu di sini meminta bantuan orang ramai mengesanabang kandungnya dipercayai berada di Semenanjung untuk menjadi walipernikahannya, Rabu ini.
0 Komentar untuk "NASIONAL : SELASA 15 DISEMBER 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI