GLOBAL : RABU 02 SEPTEMBER 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : RABU 02 SEPTEMBER 2009

DPJ tubuh portfolio khas ngani isu ekonomi
TOKYO 1 Sept. - Bakal Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama ( gambar )berkata, beliau akan mewujudkan satu portfolio baru dalam Kabinetnya,yang berfungsi khusus untuk memantau strategi dan ekonomi nasional.

Turki, Armenia berdamai
YEREVAN,Armenia 1 Sept. - Armenia dan Turki yang bermusuh selama hampir satuabad, mengambil langkah perdamaian semalam dengan mengumumkanpelancaran rundingan peringkat akhir bertujuan mewujudkan hubungandiplomatik.


China tunjuk kemarahan dengan Taiwan
TAIPEI 1 Sept. - China telah membatalkan atau menangguhkan beberapaacara berkaitan pemulihan hubungan dengan Taiwan, untuk menunjukkankemarahannya terhadap lawatan Dalai Lama ke negara pulau ini.


Kebakaran hutan LA, 50 rumah rentung
LOS ANGELES 1 Sept. - Kebakaran yang telah memusnahkan lebih 50 buahrumah dan meninggalkan kesan rentung besar di kawasan kering di hutanSouthern California, memaksa beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah..


Lelaki Afghan hilang hidung
KABUL 1 Sept. - Militan Taliban telah bertindak ganas memotong hidungdan kedua-dua belah telinga seorang petani Afghanistan, Lal Mohammad,40, ketika lelaki itu keluar mengundi pada pilihan raya PresidenAfghanistan pada 20 Ogos lalu.

41 mayat militan Taliban ditemui
PESHAWAR, Pakistan 1 Sept. - Sekurang-kurangnya 41 mayat kebanyakannyaanggota Taliban yang dibunuh oleh penduduk yang membalas dendam ataskekejaman militan itu terhadap penduduk, telah ditemui di lembah SwatPakistan, hari ini.

Perbicaraan bekas Presiden Israel
BAITULMAQDIS 1 Sept. - Perbicaraan bekas Presiden Israel, Moshe Katsav(gambar) berhubung beberapa kes rogol dan gangguan seksual disambunghari ini dengan salah seorang mangsa dijangka memberi testimoni.

Walt Disney beli Marvel Entertainment
LOS ANGELES 1 Sept. - Walt Disney Co. kini mula melibatkan diri dengansuper hero alam semesta apabila mengumumkan persetujuan untuk membeliMarvel Entertainment Inc. bernilai AS$4 bilion (RM14 bilion), semalam.

White House kecam bekas Naib Presiden AS
WASHINGTON 1 Sept. - White House semalam mengecam bekas Naib PresidenDick Cheney yang mendakwa Presiden Barack Obama (gambar) menjejaskansistem keselamatan nasional Amerika Syarikat (AS).


Pengebom Lockerbie tenat
TRIPOLI 1 Sept. - Pengebom Lockerbie yang dibebaskan telah dimasukan kehospital, sementara rakaman televisyen menunjukkan gambarnya yangsedang bernafas menggunakan oksigen.

Gadaffi kecam Israel
TRIPOLI 1 Sept. - Pemimpin Libya, Muammar Gadaffi ( gambar ) semalammengecam Israel pada persidangan khas Kesatuan Afrika (AU) sempenameraikan pemerintahannya yang ke-40 tahun.

Satelit Indonesia gagal masuk orbit
BEIJING 1 Sept. - Satelit komunikasi Indonesia yang dilancarkan dariChina gagal memasuki orbit seperti yang ditetapkan, lapor mediatempatan mengenai satu lagi halangan yang dihadapi dalam usaha negaraini untuk memasarkan keupayaan pelancaran angkasa lepasnya.

Ratu cantik saman pegawai penganjur
LOS ANGELES 1 Sept. - Bekas ratu cantik California USA, Carrie Prejean(gambar) menyaman pegawai-pegawai pertandingan berprestij itu semalamatas dakwaan libel, membuat fitnah dan diskriminasi agama.









Minda Pengarang: Kurikulum IPT mesti mampu lahirkan graduan berkualiti
SEJAKmerdeka 52 tahun lalu, kerajaan melabur sebahagian besar peruntukanuntuk pendidikan dan kini hasilnya 39 peratus golongan muda berusia 17hingga 23 tahun berjaya melanjutkan pendidikan ke menara gading. RakyatMalaysia bertuah kerana nasib mereka jauh lebih baik daripada banyaknegara lain yang dibelenggu konflik kaum, politik mahupun peperangan.

Bebaskan diri daripada belenggu 'watak tertawan'
SAMBUTANkemerdekaan negara yang ke-52 tahun ini disambut dengan penuhkesederhanaan di perkarangan bangunan Parlimen, kelmarin. Kerajaanmemutuskan sambutan kemerdekaan kali ini diadakan secara sederhanakerana mengambil kira penularan wabak H1N1 dan juga untuk menghormatiRamadan.

Cakap-cakap
SETIAPrakyat wajib mengakui hakikat bahawa perpaduan rakyat pelbagai kaumadalah tonggak kejayaan negara seterusnya membolehkan Malaysia munculsebagai sebuah negara yang pesat membangun. Jika setiap hari berlakupergaduhan sesama rakyat, kerajaan terpaksa menghabiskan masa dantenaga untuk mententeramkan keadaan. Salah satu sebab sesebuah negaramundur ialah kerana perbalahan sesama sendiri.

Pertembungan nilai kisah Kartika tuntut tindakan
KISAHKartika Sari Dewi Shukarno menjadi tajuk perbincangan hangat beberapaminggu lalu. Kisahnya wajar ditelusuri secara mendalam oleh warga beliaIslam memandangkan ia mempunyai beberapa implikasi dari sudutpemikiran. Pada hemat saya, kisah Kartika ialah satu daripadamanifestasi mengenai realiti pertembungan aliran nilai yang sedangdialami masyarakat sekarang.

Liberalisasi pengajian tinggi acuan model ekonomi baru
USAHAliberalisasi sektor pengajian tinggi negara dibuat selaras dengansaranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan dayasaing dan kedudukan Malaysia dalam ekonomi dunia.

Toleransi pluralistik di Sarawak contoh terbaik
KAWASANSeksyen 23 Shah Alam di Selangor seperti biasa adalah tenang denganpenduduk pelbagai kaum yang majoritinya Melayu hidup dalam keadaanharmoni. Kawasan perumahan 120 buah rumah berkembar dua tingkat,kediaman kelas menengah itu, dengan purata dua kereta di hadapan rumah,sedikit berkocak dengan isu sekumpulan penunjuk perasaan Jumaat lalu.

Belasungkawa: Negara kehilangan tokoh kehakiman disegani
TUNAbdul Hamid Omar yang meninggal dunia semalam akan dikenang sebagaitokoh kehakiman negara disegani semua pihak. Bekas Ketua Hakim Negaraitu adalah individu penting yang menyaksikan dan terbabit secaralangsung dalam perjalanan institusi kehakiman dan perundangan negaraselama 39 tahun sebelum persaraannya pada 1995.
0 Komentar untuk "GLOBAL : RABU 02 SEPTEMBER 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI