PROTES KUIL: KeBODOHan orang yang mengaku Islam - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PROTES KUIL: KeBODOHan orang yang mengaku Islam

Kerana terlalu BODOH, ada org yg tak boleh berfikir secara bijak. Tak payah kata agama Hindu, kalau buat di masjid pon dah jadi benda BODOH. Agama mana yg ajar buat benda2 mcm ni? Ini dah kira melampau batas. Kerajaan ISAkan sahaja diaorg ni, tunggu apa lagi?

PM arah IGP bertindak tangani protes kuil

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk menyiasat satu insiden di Shah Alam hari ini mengenai penggunaan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan untuk melahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Najib memaklumkan perkara itu kepadanya selepas beliau memberitahu Perdana Menteri mengenai insiden yang berlaku di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor selepas solat Jumaat hari ini.

"Perdana Menteri telah berjanji akan meneliti perkara dan mengarahkan KPN bertindak segera menangani perkara itu," kata Dr. Subramanian dalam satu kenyataan di sini. Dalam insiden itu, sekumpulan orang dikatakan penduduk Seksyen 23 di Shah Alam meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai tanda bantahan terhadap pembinaan sebuah kuil Hindu di Seksyen 23.

"Perdana Menteri berkata beliau amat kecewa dengan insiden berkenaan dan mahu masalah itu ditangani seawal mungkin," kata Dr. Subramaniam.

Setiausaha Agung MIC itu berkata, sementara Perdana Menteri memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan perpaduan kaum, "tindakan sedemikian akan menghalang proses perpaduan". BERNAMA
0 Komentar untuk "PROTES KUIL: KeBODOHan orang yang mengaku Islam"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI