GLOBAL : JUMAAT 28 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : JUMAAT 28 OGOS 2009

Khamenei akui tiada bukti
TEHERAH 27 Ogos - Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khameneimengakui beliau tidak mempunyai bukti para pemimpin protes yangmembantah keputusan pilihan raya Jun lalu mendapat sokongan negaraasing.

DPR Indonesia dakwa KPU tidak cekap
JAKARTA 27 Ogos - Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia semalam,membidas Komisi Pemilihan Umum (KPU) dengan mendakwa ketidakcekapanbadan tersebut menyebabkan penipuan berlaku secara meluas dalam pilihanraya baru-baru ini, dengan itu menimbulkan keraguan mengenai kesahihankeputusannya.

CIA guna taktik halang tidur walaupun telah menafikannya
WASHINGTON 27 Ogos - Setahun selepas pentadbiran Bush mengatakan soalsiasat kejam tidak lagi digunakan, Agensi Perisikan Pusat (CIA)menggunakan taktik menghalang tahanan daripada tidur terhadap seorangsuspek keganasan pada penghujung 2007, dengan membiarkan dia berjagaselama enam hari berturut-turut dengan kebenaran daripada peguamkerajaan.

Pengganas Indonesia 'lebih besar'
JAKARTA 27 Ogos - Rangkaian pengganas yang dikaitkan dengan pengebomanhotel di Jakarta adalah 'lebih besar dan canggih' dari yangdisangkakan, kata badan penganalisis hari ini, ketika polis menyoalsiasat orang yang disyaki mungkin mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.

Amerika Syarikat berkabung
HYANNISPORT, Massachusetts 27 Ogos – Amerika Syarikat (AS) berkabung danmemberi penghormatan kepada Edward Kennedy ketika keluarga beliaubersedia mengiringi mayat pejuang liberal itu dalam perjalananterakhirnya untuk disemadi di Washington Sabtu ini.

Taiwan benarkan Dalai Lama melawat
TAIPEI27 Ogos - Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou berdepan dengan risiko dimarahiChina dengan tindakannya membenarkan Dalai Lama melawat negara pulauini untuk bertemu dengan mangsa yang terselamat dalam bencana taufanMorakot baru-baru ini.

PLO lantik 6 ahli eksekutif baru
RAMALLAH, Tebing Barat 27 Ogos - Parlimen Pertubuhan PembebasanPalestin (PLO) hari ini melantik enam ahli baru sebagai badaneksekutifnya.

Karzai miliki kelebihan
KABUL 27 Ogos - Rakyat Afghanistan yang masih menantikan keputusanpilihan raya baru-baru ini kini terperangkap dalam teka-teki mengenaisiapa yang bakal menjadi Presiden mereka dan sebesar mana mandat yangbakal diterimanya.


Mona Lisa ‘hidup’ di Beijing
BEIJING 27 Ogos – Sejak beberapa abad karya agung Leonardo da Vinci,potret Mona Lisa dan senyuman misterinya melahirkan pelbagai spekulasiberbanding perasaan kagum. Kini beliau sudah bersedia menjawab kesemuasoalan... tetapi dalam bahasa Mandarin.


Kisah penubuhan The Beatles difilemkan
LOS ANGELES 27 Ogos – Produser filem Amerika Syarikat (AS), DavidPermut akan membuat filem mengenai penubuhan The Beatles, berdasarkanhidup seorang lelaki yang menubuh dan menguruskan kumpulan pop palingterkenal di dunia itu, lapor Variety semalam.








H1N1: Brazil catat 557 kes kematian
SAOPAULO: Brazil mencatatkan 557 kes kematian akibat selesema babi sekaligus menjadikannya negara yang mencatatkan rekod kematian tertinggi didunia akibat jangkitan maut itu.

Ramai jemaah umrah tak peka Influenza A
MAKKAH:Ramai jemaah Umrah dan orang Islam yang berpuasa di Tanah Suci Makkah,tidak mengambil serius ancaman wabak selesema babi, walaupun pemakaiantopeng muka digalakkan bagi mengurangkan risiko dijangkiti virus H1N1.

Polis dituduh culik Jibril
JAKARTA:Bapa kepada suspek serangan hotel yang ditahan polis Indonesia,Muhammad Jibril Abdul Rahman, berkata kelmarin, beliau merancangmembuat bantahan sebelum perbicaraan di Mahkamah Daerah Jakarta Selatandengan menuduh polis menculik anak lelakinya, Selasa lalu.

Universiti digesa kaji semula sekat pelajar Malaysia
JAKARTA: Pegawai kanan Kementerian Pendidikan menyarankan Universiti DiponegoroSemarang menimbang semula keputusannya untuk tidak menerima pelajarMalaysia atas dasar semangat kenegaraan.

60 siaran bersaing program Ramadan
JEDDAH: Lebih 60 saluran agama stesen televisyen di Asia Barat, bersaing hebatuntuk menarik perhatian penonton pada bulan Ramadan ini denganmenyiarkan pelbagai rancangan mengikut dasar yang ditetapkan syarikatpemiliknya

Polis Karachi sasar pengemis bermusim
KARACHI:Bagi kebanyakan umat Islam, Ramadan adalah masa untuk membanyakkansedekah, namun ia menyebabkan beribu-ribu penduduk miskin di Pakistanmengambil kesempatan menjadi pengemis hanya pada bulan mulia ini.

Israel marah Sweden
STOCKHOLM: Pembelaan Sweden terhadap kebebasan bersuara mencetuskan masalahdiplomatik dengan Israel berikutan keengganan kerajaan itu mengutukakhbar yang menuduh tentera Zionis mencuri dan menjual organ rakyatPalestin yang terbunuh.
0 Komentar untuk "GLOBAL : JUMAAT 28 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI