GLOBAL : RABU 12 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : RABU 12 OGOS 2009

Ditambah 18 bulan lagi
YANGON 11 Ogos - Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi (gambarkecil) hari ini diarah supaya terus menjalani hukuman tahanan di rumahselama 18 bulan, selepas sebuah mahkamah mendapati pemenang HadiahKeamanan Nobel itu bersalah pada akhir perbicaraan yang dikutuk olehmasyarakat antarabangsa.

Identiti pengganas diumum hari ini
JAKARTA 11 Ogos - Indonesia akan mendedahkan identiti suspek yangditembak mati ketika serangan hujung minggu lalu yang disasarkan kepadaNoordin Mat Top esok, kata polis mengakhiri keraguan sama ada lelakiitu adalah militan pelarian banduan.

Pakar perisikan kritik polis kaitkan pelan bunuh Susilo
JAKARTA 11 Ogos - Pendedahan terbaru oleh Polis Kebangsaan yangmendakwa terdapat rancangan untuk membunuh Presiden Indonesia, SusiloBambang Yudhoyono oleh sebuah kumpulan pengganas telah dikritik sebagaisatu perkara tidak berasas oleh sebilangan pakar perisikan.

Gempa bumi kuat di Jepun
TOKYO 11 Ogos - Satu gempa bumi kuat menggegarkan Tokyo dan kawasanberhampiran sejurus selepas subuh hari ini, mengakibatkan kejadiantanah runtuh, perkhidmatan kereta api laju digantung dan dua reaktornuklear ditutup untuk pemeriksaan keselamatan.


Korban taufan Morakot meningkat kepada 84
CHISHAN 11 Ogos - Taufan yang melanda Asia Timur telah mengorbankansekurang-kurangnya 84 orang namun usaha menyelamat kira-kira 100penduduk kampung yang dikhuatiri tertimbus di dalam tanah runtuh masihditeruskan, menurut pegawai hari ini.

Suu Kyi: Malaysia kecewa
KUALA LUMPUR 11 Ogos — Malaysia menyifatkan hukuman terhadap pemimpinpembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi hari ini sebagai satu "keputusanyang dikesalkan" dan ia akan berbincang dengan rakan ASEAN mengenaiperkembangan itu.

Lelaki ancam dedah gambar seks selebriti
BEIJING 11 Ogos - Polis telah menahan seorang lelaki yang didakwa cubamemeras ugut puluhan selebriti China dengan mengancam untuk mendedahkangambar dan video seks mereka di Internet.


Puteri Madeleine bertunang
STOCKHOLM 11 Ogos - Puteri Madeleine, anak bongsu Raja Carl XVI Gustafdan Permaisuri Silvia, telah bertunang dengan teman lelakinya, katakenyataan istana Sweden hari ini.


Kekasih Mel Gibson mahu dikenali kerana muzik
LOS ANGELES 11 Ogos - Jelitawan kelahiran Rusia, Oksana Grigorieva,yang sedang mengandungkan anak Mel Gibson kini bersedia menonjolkandiri tetapi bukan sebagai teman wanita pelakon terkenal senarai-A itu.


Lumpuhnya Taliban di Swat
MEGA: Begitu banyak berita peperangan muncul dari Pakistan, khususnyaLembah Swat. Ia seperti tidak berkesudahan dan memberi gambaran LembahSwat adalah sebahagian daripada Iraq, malah menggambarkan Pakistanpenuh dengan kekacauan.







Banjir lumpur timbus 2 kampung
CISHAN: Lebih 700 penduduk dua kampung di Taiwan dikhuatiri terbunuh apabilatertimbus dalam banjir lumpur selepas Taufan Morakot melanda pulau itu,kata pegawai, semalam. Kampung berkenaan ialah Hsiao Lin dan Namahsia,kata Mejar Jeneral Hu Jui-chou yang terbabit dalam operasi menyelamat.

Suu Kyi kena 18 bulan
YANGON: Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam didapatibersalah oleh mahkamah dan ditahan 18 bulan kerana melanggarundang-undang keselamatan dalam negara.

Kate Moss dikecam merokok depan anak
LONDON:Supermodel Britain, Kate Moss mengundang kemarahan aktivis kempenantimerokok apabila beliau dan penyanyi senegara, Lily Allen,dirakamkan kamera sedang merokok di hadapan anak perempuan modelterkenal itu.

LA iktiraf sumbangan Mallika Sherawat
MUMBAI:Aktres seksi Bollywood, Mallika Sherawat dilaporkan bakal menerimaanugerah warga kehormat Majlis Perbandaran Los Angeles (LA),penghormatan rasmi pertama diberikan kepada selebriti Bollywood.

Ratu Jepun setuju kostum lebih sopan
NASSAU:Wakil Jepun bagi pertandingan 'Miss Universe', Emiri Miyasaka, akurkepada protes di negaranya yang membantah beliau memakai kimono miniyang mendedahkan seluar dalam merah jambunya ketika satu majlis sebelumberlepas ke Bahamas.

Tujuh culik pemilik kilang maut ditembak
MANILA: Polis menyelamatkan seorang pemilik kilang diculik dan menembak matitujuh suspek penculik di ibu negara Filipina berkenaan. Ketua polisunit antijenayah, Isagani Nerez, berkata Michelle Tan, 30, diculik darikilang pakaiannya di Nabotas Ahad lalu dan penculik menuntut dua jutapeso (RM151,000) tebusan.

Hillary berang pelajar tanya pendapat suami
KINSHASA:Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berang apabilaseorang pelajar di Universiti Congo bertanya mengenai pemikiransuaminya berkaitan satu isu antarabangsa. "Suami saya bukan SetiausahaNegara, tapi saya," tegas Hillary dengan nada tinggi.

PBB digesa kenakan sekatan senjata
LONDON: Dunia 'marah dan kecewa' dengan keputusan mahkamah di Myanmar semalamyang mengenakan penjara 18 bulan ke atas Aung San Suu Kyi danmenyifatkannya sebagai tindakan bagi menghalang ikon demokrasi itudaripada menyertai pilihan raya tahun depan.

Jakarta dedah identiti lelaki disyaki Noordin hari ini
JAKARTA: Indonesia hari ini akan mendedahkan identiti suspek lelaki ditembakmati dalam operasi polis antikeganasan yang mensasarkan Noordin MohdTop di Jawa Tengah Sabtu lalu.
0 Komentar untuk "GLOBAL : RABU 12 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI